Stress Test - Kena stress baru gi test?

Hari ni genaplah seminggu kak yone gi buat stress test treadmill di KPJ hari tu 😊 Kak yone gi buat stress test tu bukanlah sebab kak yone stress, tapi sebab stress test ni sebahagian daripada pakej medical checkup yang ditawarkan.

Gambar daripada website KPJ Selangor

Keadaan stress test yang dijalankan tu, macam gambar kat atas ni. Cuma kak yone dah dipesan awal-awal supaya pakai baju sukan dan kasut sukan. Jadi tak payahlah pakai baju yang disediakan pihak hospital 😊

Apa tujuan stress test ni? Tujuannya untuk melihat keadaan kesihatan jantung kita. Takut-takutlah kalau ada yang tersumbat kat mana-mana 😉 

Bila kak yone gi tu, kak yone memang tak tahu langsung stress test tu macam mana. Cuma boleh agak bila dah disuruh pakai baju sukan, pastilah kena jalan atas treadmill.

Memang alat yang nak check tekanan darah dah siap dipasang di lengan kita. Rasanya dalam 2 minit sekali, nurse akan check tekanan darah. 

Jalan atas treadmill tu akan mengambil masa di antara 6-9 minit, mengikut keadaan degupan jantung atau heart rate yang mencapai peratusan yang ditetapkan. Kat badan kita memang dah ada wayar-wayar yang dilekatkan. So boleh detect degupan jantung kita.

Mula-mula tu jalan memang steady. Lepas beberapa minit, kelajuan dinaikkan ke level 2. Jalan laju sikit. Kak yone memang maintain aje 😆 sebab mental kak yone dah ready.

Heart rate kak yone slowly naik ke 130-140. Lepas beberapa minit, kelajuan meningkat ke level 3. Dah semakin laju tapi masih lagi kak yone berjalan. Laju tak sampai tahap berlari. Sempat jugak kak yone tanya, ada berapa level semuanya. Kata nurse ada 4. Yang ke-4 tu, macam kena jogging skit.

Masa level 3 ni, dalam hati memang penat tapi luaran maintain gila. Hahahaha 😜 Heart rate kak yone dah capai 97% jadi kak yone tak payah gi level 4. Masa tu tekanan darah dah capai 170 gitu. Fuhhhhh.

Treadmill semakin perlahan dan kak yone pun disuruh turun. Nurse suruh duduk supaya degupan jantung kembali menurun. Tapi sekejap-sekejap nurse memang akan check tekanan darah. Doktor dan nurse tanya juga, ada rasa pening ke? Hmmmm nak kata pening tak, cuma penat macam lepas berlari.


Kak yone masa tu memang berpeluh sungguh. Walaupun hanya berjalan laju dalam 9 minit gitu. Hahaha cuma rasa macam kejap aje. Masa nak buka wayar kat badan, kak yone tanyalah kat nurse, "Kalau orang fit, sampai level 4 ye?". Nurse tu jawab, bergantung juga, yang sampai level 4 tu selalu tak fit. Haaa! Habis tu kak yone cane?

Haha. Nurse tanya kak yone selalu bersenam ke? Kak yone jawab takdelah sangat. Tapi nurse cakap kak yone ni consider fit la 😁 Hahahaha happy kak yone dengar.

Alhamdulillah. At the end of the stress test, keputusan kak yone semua baik 😊

Kalau pembaca-pembaca sekalian nak ikhtiar untuk kekalkan kesihatan jantung, kak yone sarankan sangat ambil supplemen Vivix ini:





Supplemen Vivix ini adalah makanan tambahan yang bagus sangat untuk tenaga, membantu meremajakan sel dalaman kita serta memperbaiki sel-sel kita yang semakin lemah disebabkan peningkatan usia. Vivix adalah supplemen anti-aging.

Pengambilan yang konsisten akan membantu menjadikan sel-sel bertenaga, sekaligus menjadikan kita yang mengamalkannya juga semakin bertenaga dan sihat 😊

Bagi kak yone, kesihatan ini mahal harganya. Atas kesedaran ini, kak yone memang sejak dari dulu, rajin la juga bersenam sikit-sikit. Cuma sekarang ni aje yang segan-segan gitu.

Selain bersenam, jaga makan dan makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang. Kak yone memang amalkan supplemen untuk top up kekurangan nutrisi harian kak yone. Sebab kak yone tahu, nak dapatkan daripada pemakanan macam sukar sebab ada masa-masanya kak yone tak cukup serat sebab kuantiti sayur dan buah-buahan kak yone tak cukup.

Sebab tu, kak yone maintain aje kekal sebagai ahli Shaklee (sekarang ni keahlian akan tamat selepas setahun, dulu-dulu mana ada). Kebaikan jadi ahli Shaklee ialah:

1. Jimat ke atas semua pembelian vitamin. Dapatlah diskaun 15%-20% apabila kak yone membeli, berbanding beli tanpa jadi ahli.

2. Kalau kak yone beli banyak dan dapat point melebihi 150, dapat pula cash back daripada Shaklee. Kan best tu.

3. Kak yone leh berbisnes jual vitamin-vitamin Shaklee yang memang laku keras.

4. Walaupun kak yone takde ilmu menjual dulu, kak yone ada senior-senior yang dah lama dalam Shaklee tolong guide kak yone. Memang best. Jadi kak yone sentiasa ada sokongan dalam berbisnes Shaklee ni.

5. Vitamin-vitamin Shaklee ni, bila makan, memang terasa tau kesan positifnya. Kak yone cakap ni dari pandangan seorang yang memang rajin makan vitamin. Sebelum Shaklee dulu, dah banyak dah brand yang kak yone amalkan. Tapi ntahlah, kak yone tak rasa apa-apa.

6. Shaklee adalah brand yang menghasilkan vitamin-vitamin daripada sumber-sumber semulajadi.

Jadi, kalau berminat nak mendapatkan Vivix atau mana-mana lagi supplemen Shaklee untuk membantu mempertingkatkan kesihatan, mengurangkan stress, insyaAllah tahulah kak yone nak cadangkan yang mana. Jangan segan dan malu-malu untuk hubungi kak yone di 012-5538628.

Jom sihat sama-sama,
Kak Yone
012-5538628
Previous
Next Post »
0 Komentar