Gejala Kaki Lembik Part II

Ingat tak entry kak yone pasal abang ipar kak yone yang tiba-tiba menghadapi gejala kaki lembik? Boleh baca di sini ya.

Sebenarnya abang ipar kak yone tak mengalami masalah saraf di kaki. Rupa-rupanya disebabkan kecederaan jatuh di bilik air dahulu, menyebabkan kesan ke atas urat saraf di bahagian pinggang dan memberi kesan ke atas kakinya 😞

Berita baiknya, gejala kaki lembik tu, bukanlah kecederaan yang berat. InsyaAllah doktor subscribe ubat untuk sebulan sebagai rawatannya.

Kecederaan akibat jatuh terutama kepada orang-orang yang agak berumur memang kak yone bimbang sangat. Sebab jatuh boleh memberi kesan kecederaan yang berpanjangan. Walaupun sikit, macam situasi abang ipar kak yone, tapi keadaan yang jadi secara tiba-tiba tu memang membimbangkan.

Jika warga emas yang berumur 50 tahun ke atas mengalami kecederaan akibat jatuh, semestinya yang dibimbangi terlebih dahulu ialah sama ada terjadinya kecederaan patah tulang. 


Ingat ye, semakin usia meningkat, badan kita akan kehilangan kalsium. Jika tak mendapatkan kalsium daripada​ sumber makanan, memang boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh. Jatuh sikit pun, boleh terjadinya patah tulang. Jangan sampai terjadinya Osteoporosis.

Selain tulang, semestinya kita risau urat saraf yang terjejas. Macam kecederaan di pinggang, tiba-tiba kaki pula menjadi lembik. Sebabnya urat saraf terutama kecederaan di pinggang berkait dengan tulang belakang. Jadi memang kena jaga baik-baik sangat sebab semuanya bersambung-sambung.

Dalam situasi berkaitan dengan kecederaan yang memberi kesan ke atas urat saraf, tulang dan sendi, selain mengambil ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor, ambillah juga supplemen-supplemen untuk membantu dalam proses pemulihan dalaman.

Badan kita terdiri daripada sel-sel yang terlalu banyak. Makanan sel adalah nutrisi-nutrisi seharian. Apabila cukup nutrisi, sel akan sihat dan bertenaga. Bermakna kita pun sihat 😊

Untuk berikhtiar memulihkan kecederaan dalaman akibat jatuh, yang utama sekali adalah amalkan Vivix. Kandungan Resveratrol dalam Vivix membantu memulihkan sel-sel yang rosak dan memberi tenaga kepada sel. Apabila sel-sel berfungsi dengan baik, kita juga akan sihat.

Yang kedua, kak yone sarankan sangat untuk ambil kolagen. Sebabnya kolagen akan bertindak seperti kushion dan melindungi bahagian dalaman kita.

Seterusnya, tablet kalsium Ostematrix. Ni memang penting sangat sebagai sumber kalsium untuk badan kita. Apabila cukup kalsium, badan akan lebih cergas dan segar. Tulang kuat, kita nak bergerak aktif pun, InsyaAllah ok sangat 😉

Satu lagi vitamin yang tak boleh tinggal ialah vitamin B Complex. Vitamin B Complex selain daripada membantu boost tenaga, juga sangat baik dalam kesihatan urat saraf kita. Kalau sakit-sakit urat, kebas-kebas tangan, makanlah vitamin B Complex.

Kesemua vitamin ini mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri dan sangat penting. Nak dapatkannya, Whatsapp je kak yone di 016-2364796.

Pengedar Shaklee Shah Alam, Petaling Jaya, Klang dan Mid Valley.

Jadi yang berdekatan, boleh hubungi kak yone untuk COD. Yang jauh, kita boleh pos, jangan risau 😊

Previous
Next Post »
0 Komentar