Gemuk. Macam mana nak kurus?

Perkataan gemuk ni memang sensitif bagi kebanyakan orang. Kak yone rasa sensitif juga. Iyelaaa sejak dari kecik orang cakap kak yone gemuk 😢 Macam mana nak kurus?




Masa kecik tadika dulu, semua orang asyik cakap kurus, kurus, kurus. Tiba-tiba bila dah masuk darjah 3 gitu kot, nafsu makan mula naik. Iyelaa mama asyik beli gulai telur sotong di restoren nasi kandar di Georgetown petang-petang. Memang berselera sungguh bila makan 😋

Badan pun mula naik. Ada sedara-sedara dah mula cakap belakang yang kak yone gemuk. Yang tak best lagi, masa darjah 6 ke apa, ada yang mempersendakan kak yone. Ish ish ishhhhh memang terganggu tau jiwa. Tapi kalau nampak luaran, kak yone releks jer 😀

Tapi, berat badan kak yone, kejap naik, kejap turun. Masa tingkatan 1, kak yone tak makan masa rehat, sebab sibuk bersihkan kelas (hahaha kak yone ketua kebersihan, kalau tak bersih, nanti kelas dapat Dimerit. Soooo menyusahkan). Jadi kenalah kak yone PASTIKAN kelas sentiasa bersih walaupun orang lain yang bertugas. 

Kak yone ingat lagi, masa tu setiap hari waktu rehat, kak yone hanya minum air sirap 😂 Sebab tu berat terkawal kot. Memang dalam 45kg gitu rasa. Ecewaahhhhh. Cuma disebabkan orang selalu sebut kak yone gemuk, maka kak yone ingat, kak yone gemukla 😖 Kesian kan.

Selera makan kak yone ni memang semangat. Kak yone akui, kak yone suka makan. Aiiii like see food. Apabila makan, memang dalam kuantiti yang banyak. Heeee cuma sekarang bila amalkan Vivix dengan konsisten, terkawal sikit selera luar biasa kak yone 😅

Tapi sebelum-sebelum ni, ada juga kak yone mengadu dengan suami kak yone. Kak yone cakaplah yang badan kak yone dah gemuk (kita mana tahu badan naik ke idak kalau tak naik atas mesin penimbang). So kak yone cakap, kak yone kena control makan.

Perbualan kami lebih kurang begini:

Kak yone: Eeeee rasa macam selera makan tak terkawallah sekarang ni 😓 Nak kena control makan. Diet.

Suami: Nape nak control makan? 

Kak yone: Iyelaaaa.... Makan banyak sangat. Rasa macam badan naik. Huargghhhhhh 😭

Suami: Ada orang tegur awak gemuk ke?

Kak yone: Takdelah pulak. Kita je la yang rasa sendiri sebab selera macam apa je sekarang ni 😩

Suami: Hmmmm betul ke awak gemuk?

Kak yone: Mana tahu.... Tak timbang tak tahu la.

Suami: Mana ada.... Tula gunanya supplemen (sambil menunjuk ke Lecithin dan Alfalfa).

Haaaaa lega tau bila suami kak yone cakap macam tu 😂 Jadi membuatkan kak yone nak sentiasa konsisten mengambil Lecithin sebelum atau selepas makan. 

Dulu, kak yone tak minat Alfalfa. Tapi sejak join program detox dulu, memang kak yone happy sangat konsisten Alfalfa Complex. 😀 Alfalfa membantu detoxkan badan kita. Berfungsi dalam mengawal keputihan, menghilangkan bau badan serta ada juga berfungsi seperti kacip fatimah.

Jadi, bagi sesiapa yang nak mengekalkan berat badan dan kesihatan, bolehlah amalkan Lecithin, Alfalfa Complex dan Herblax yang membantu mencuci bersih usus kita. Nak ambil sekali dengan Vivix lagi bagus!

Bila dalaman kita bersih, mudah untuk nutrisi menyerap dengan lebih pantas.

Hubungi kak yone di 012-5538628 untuk mendapatkannya 😊

Sekian celoteh kak yone.
012-5538628
Hearty . Love . Healthy
ID Shaklee yang korang boleh pakai untuk shopping di Shaklee: 1112978
Pengedar Shaklee Shah Alam, Petaling Jaya (PJ), Klang, Mid Valley dan seluruh Malaysia!

Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

Ni satu teknik nak kasi kurus. Guna apps myfitnesspal dan tengok berapa kalori dalam makanan korang setiap hari. Cuba plan makanan korang sehari jangan lebih 1200 kalori. Gerenti nampak hasil punye. Boleh baca pasal ni kat SadoStreet. Lebih detail.

Balas
avatar

Terima kasih. Boleh download apps tu.

Balas