Dunia Dah Nak Kiamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Aku sebenarnya nak tulis entri ni pagi-pagi tadi lagi.. tapi disebabkan agak sibuk hari ni, maka lewat malam ni, barulah dapat menghadap belog kesayangan a.k.a kedai online aku juga....

Pagi-pagi tadi seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan gempa bumi di Sabah. Hmmmm satu je yang datang ke kepala aku.... Dunia dah nak kiamat..... 



Dulu Malaysia ni consider negara bertuah sebab terselamat daripada lingkaran....... ishhh lupa dah... ala lingkaran yang membuatkan Malaysia terselamat daripada gempa bumi tu.... Tapi sekarang, di Sabah terkena gempa bumi.... Habis retak bangunan, jalan dan sebagainya... Malah kat Gunung Kinabalu, pandaki-pendaki tidak dapat turun kerana batu-batu dari puncak masih jatuh dan track pendaki dah rosak.

Semalam, masa membuang masa melihat FB, aku ternampak post seorang kakak yang aku hormati, tentang ribut yang melanda di Johor.... Habis terbang atap-atap rumah, bagaikan dilanda taufan.... Allah.... banyak sungguh petanda-petanda yang Allah turunkan.... buta dan tuli lagikah kita? Kat Johor tu satu dah...nak kata tentera Allah ni kuat sangat.. tengok kat PJ aje... Hujan lebat... Kerusi kat balkoni ofis aku terbang melayang.. ntah hilang ke mana.... Tak jumpa-jumpa sampai sekarang... Lucu ke?

Aku tergerak nak menulis ni, sebab aku takut... Bersedia dah ke aku nak menghadapi kiamat.... Tak payah kiamat besar... Kiamat kecil yang boleh terjadi bila-bila masa... cukup sangat ke amalan aku nak bawa ke seberang sana :'( Then aku terpikir anak-anak.... Kalau aku risau.. tak tahula apa rasa parents yang kat Syria.... Kalau kat Palestin, berbanggalah ibu-ibu sekalian apabila anak-anak mereka syahid... 

Kita kat sini nak syahid apa? Allah.. tengok sekeliling.... Tak tahu nak cakap dah.... Semalam pun ternampak kat FB, anak-anak remaja, tak padan dengan kecik, pandai post nak cari pakwe, makwe, adik abang terangkat.... Adus... takut sungguh... Apa nak jadi kat Malaysia.... Ni mungkin sikit daripada barah masyarakat yang kita nampak... Yang tak nampak tu tak taula... Sedih....

Politik.... tak payah cakap... Tak payah bersuluh.... Terang-terang kita sendiri mau tau la.... Alhamdulillah, walaupun nampak macam-macam yang terjadi dalam masyarakat kita... masih ada orang yang baik-baik... memang tak dapat dinafikan.... Jomlah sama-sama kita tunjukkan contoh yang baik.... Jaga dan pelihara generasi muda anak-anak kita.... Kita doakan banyak-banyak agar Allah pelihara kita, anak cucu generasi kita supaya jadi lebih elok daripada sekarang.... Semoga diri kita sendiri pun elok... InsyaAllah.. Aminnn....
Previous
Next Post »
0 Komentar