Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah masuk June 2015. Cepat betul masa berlalu. Masih terbayang masa-masa pada tahun 2014... Tapi kini da pertengahan 2015. Apa isu 1hb June ni? Saya terasa nak tulis pasal telur tiruan.... saya harap, ada pembaca-pembaca yang pakar dalam mengenali telur tiruan ini dan memberi pendapat di bahagian komen.
Saya tulis ni, sebab boleh dikatakan setiap hari saya makan telur. Keluarga saya selalu juga memasak pelbagai masakan yang berasaskan telur. Memikirkan kesihatan mereka dan anak-anak kita, saya rasa perlu untuk saya ketengahkan keraguan saya ini.
Mungkin isu ni masih lagi tidak diambil tahu oleh ramai orang. Kat Malaysia pula, macam tak heboh sangat pasal telur tiruan ni kan... Mungkin sebab tu, susah betul nak mencari rujukan tentang cara-cara membezakan antara telur asli dan telur tiruan. Yang banyak digunakan pakai adalah gambar rajah berikut:
Mungkin bagi sesetengah orang juga, tidak pernah memerhati sebarang perbezaan pada telur. Jadi, hari ni saya nak ketengahkan hasil experiment beberapa biji telur yang telah menjadi mangsa hehe...
1. Bentuk telur yang lonjong cantik tanpa sebarang lekuk udara seperti gambar baris 2, belah kanan (di atas)
2. Terdapat selaput yang sangat nipis pada luar bahagian telur kuning. Tapi bentuk telur ini, di luarnya mempunyai lekukan bekas udara.
Maka pembaca-pembaca sekalian, saya sebenarnya sangat keliru... adakah telur initelur asli atau telur tiruan? Nak kata kuning telurnya kenyal, saya rasa macam normal. Berderai jugak bila ditekan-tekan.... Bila dipecahkan telur yang belum direbus, mungkin hidung saya tersumbat, saya tak dapat bau sangat bau telur tu. Tapi bagi telur yang direbus, memang ada bau telur yang normal...
Kalau anda tahu, jomlah share pandangan anda... saya sebenarnya da post pun perkara ini dalam FB untuk minta pandangan orang... Tapi susah sebab tak siapa dapat tentukan melainkan kita betul-betul mengujinya di makmal. InsyaAllah, ada kesempatan, saya pasti akan meminta pihak berwajib menyiasat, demi kesihatan dan keselamatan anak-anak kita juga :)
**Bulan June ni, bulan kecantikan kulit halus mulus daripada Shaklee, anda nak kulit kelihatan lebih licin dan halus. Hubungi saya di 012-5538628.
1 Komentar
Macam2 ada sekarang ni... tapi benda negatif pulak!
Balas