Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Bagi ibu-ibu yang tengah menghitung hari, mesti berdebar-debar jugak menantikan kelahiran si comel yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan lebih kan.... Walaupun mungkin bukan anak pertama, perasaan nervous tu mesti ade... Ye la setiap kelahiran adalah berbeza-beza. Setiap orang mesti mengimpikan keadaan yang tenang dan terkawal semasa di labour room. Oleh itu, teknik menarik nafas semasa bersalin hendaklah betul.... Barulah tenang :)
Entri kali ni, kita sama-sama belajar... semoga memberi manfaat kepada kita semasa di labour room nanti. Para suami juga memainkan peranan membantu isteri.... sebenarnya untuk menenangkan isteri dan membantu isteri menarik nafas dengan lebih teratur.
Antara teknik yang diajarkan ialah:
1. Apabila terasa kontraksi akan berlaku, cuba bertenang dan rehatkan otot bahu, tangan dan muka. Jangan ketap gigi, menggenggam tangan dan mengeraskan badan. Tindakan ini akan melambatkan bukaan. Sebaliknya, alihkan perhatian sakit tersebut dengan menggerakkan kepala ke kiri kanan, atau apa sahaja tindakan yang menenangkan anda.
2. Apabila kontraksi bermula, tarik nafas melalui hidung sedalam mungkin secara perlahan-lahan menggunakan otot perut dan lepaskan melalui mulut untuk mengurangkan rasa sakit.
3. Apabila rasa sakit kontraksi memuncak, tarik dan lepaskan nafas melalui mulut dengan nafas yang pendek-pendek.
4. Semasa berlaku kontraksi ini, cuba bayangkan bukaan anda sedang berkembang seperti bunga yang sedang mekar berkembang.
Jadikan kontraksi ini sebagai rakan baik untuk membantu anda berjumpa dengan bayi yang sudah lama anda nantikan...
InsyaAllah apabila anda bertenang, hormon oksitosin akan dirembeskan dan memudahkan anda bersalin. Jika anda mengeraskan badan dan melawan kontraksi tersebut, badan akan merembeskan hormon adrenalin yang menyebabkan tubuh melawan dan melambatkan proses bukaan.
Apa-apa pun, banyakkan berdoa agar dipermudahkan untuk bersalin terutamanya di bulan yang mulia ini :)
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
2 Komentar
Jangan stress, semuanya akan dipermudahkan.
BalasInsyaAllah... betul tu... fikiran kena tenang... :)
Balas