Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ini saya ade checkup dan minum air gula di klinik kesihatan. Memang saya pilih untuk checkup di klinik kesihatan kerana saya rasa ujian yang dijalankan lebih menyeluruh.... Macam setiap kali datang checkup mesti ambil sampel darah dan urin. Setakat saya ke private, belum pernah mengalami pengalaman diambil darah lagi... Ambil darah ni penting untuk saya kerana saya pernah mengalami HB rendah semasa hamil anak pertama dulu... Sekarang yang kedua, HB saya ok... Alhamdulillah :) Saya juga mengambil Set Kehamilan Shaklee semasa hamil ini.
Tapi hari ni, HB saya jatuh sikit. HB yang elok adalah bacaan 11g/dl ke atas. Hari ni, HB saya jatuh ke 10.6g/dl. Dah kena tanda dengan pen merah.... haha... Memandangkan saya dah berada di trimester ketiga, maka, saya naklah naikkan HB ibu hamil ni semula :)
Saya terpikir juga, kenapa mula-mula HB ok (atas 11g/dl) dan sekarang menurun? Antara sebab-sebabnya ialah:
- Peningkatan isipadu darah (baby mula membesar, keperluan darah juga meningkat).
- Apabila usia kehamilan makin bertambah dan baby membesar, maka keperluan nutrisi seperti zat besi, asid folik dan sebagainya juga semakin tinggi. Kalau kes saya, saya takde selera makan sangat sekarang ni... Mungkin salah satu faktor.
- Sel darah merah semakin menurun.
- Apabila sel darah merah menurun, maka akan memberi kesan ke atas penurunan hemoglobin juga.
Tak best juga apabila HB menurun. Banyak risikonya. Antaranya ialah:
- Keguguran
- Kelahiran pra-matang
- Berat bayi yang rendah
- Anak meninggal semasa kelahiran atau sebelum kelahiran.
- Berlaku pendarahan kepada ibu
- Tekanan ke atas jantung kerana badan akan kekurangan oksigen dan jantung akan terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan.
- Kematian ibu
Oleh itu, saya memang berazam nak meningkatkan semula bacaan HB saya. Cara yang boleh saya lakukan ialah:
- Makan makanan yang mempunyai kandungan zat besi seperti sayur-sayuran yang berdaun hijau gelap.
- Konsisten dalam pengambilan Set Kehamilan Shaklee atau pun jika anda mengambil Obimin atau Iberet, pastikan cara pengambilan tersebut adalah betul, iaitu 2 jam sebelum atau sesudah makan. Tapi apabila HB menurun, maka nurse di KK menasihatkan saya ambil Obimin dua biji, satu biji pagi dan satu biji malam, sebelum tidur.
- Bagi pengguna Set Kehamilan Shaklee, anda boleh ambil Vita-Lea 1 biji pagi dan 1 biji malam, sama seperti pengambilan Obimin juga ya.
- Tapi yang bestnya Set Kehamilan Shaklee ini adalah kita juga mengambil Vitamin C. Vitamin C menggalakkan penyerapan zat besi dengan lebih baik. Sebab itu, dicadangkan apabila mengambil Vita-Lea, ambillah bersama dengan Sustained Release Vita-C. Kalau makan obimin sekalipun, digalakkan mengambil dengan jus yang mengandungi vitamin C.
InsyaAllah, checkup yang seterusnya akan berlaku dalam masa 2 minggu lagi. Saya akan update kesannya di entry yang akan datang ya. InsyaAllah, HB saya akan kembali normal :)
In the meantime, kalau nak order Set Kehamilan atau mana-mana supplemen Shaklee, janganlah malu-malu hubungi saya di 012-5538628.
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
0 Komentar