Sakit Kepala (Brain Aneurysm) dan Simptom-Simptomnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca budiman sekalian. Hari ni nak share pasal sakit kepala... Boleh dikatakan semua orang pernah merasai sakit kepala. Tapi kita tak tahu kenapa sakit kepala dan penyebabnya. Apa yang selalu dilakukan adalah hanya mengambil ubat penahan sakit.

Semasa awal mengandung atau hamil ni, saya memang selalu sangat sakit kepala... Tapi Alhamdulillah, saya tak telan panadol... In fact, tak telan mana-mana ubat sekalipun masa mengandung ni... memang ada waktu-waktu diserang batuk, semput dan selsema... Nebuliser ade lah kena sekali.. sebab semput... The rest makan Sustained Release Vita-C dari Shaklee. Alhamdulillah, dengan izin Allah memang membantu sangat. Dulu-dulu pun, saya telan Nutriferon dan OsteMatrix, hilang demam dan sakit-sakit badan. Boleh klik di SINI untuk baca pengalaman tersebut :)

Kebiasaannya apabila sakit kepala, saya rasa kemungkinan besar penyebabnya ialah angin. Memang sakit kepala yang saya alami, sampai satu tahap rasa nak pecah kepala... Saya minta suami urutkan kepala dengan melurut ke arah bawah dan kemudian saya rehat. Alhamdulillah hilang sakit kepala tersebut. Ada masa-masanya saya telan Ostematrix  Shaklee 2 biji dan B Complex Shaklee 2 biji. Memang menjadi. Tak lama, hilang sakit kepala tu. Dua supplemen tersebut membantu menghilangkan sakit dan menenangkan urat-urat sendi dan salur darah. 

Sebenarnya, sakit kepala ni jangan dipandang ringan. Kan baru-baru ni ade kes pelajar kejururawatan meninggal  dunia kononnya kerana mengambil Alfalfa Shaklee. Kesudahannya bukan kerana Alfalfa tetapi kerana pembuluh darah di dalam otaknya pecah dan menyebabkan kematian. Nama saintifik pembuluh darah pecah ni adalah aneurysm. 

Tak lama selepas pelajar ini meninggal, saya ternampak pula satu post di dalam FB berkenaan pelajar dari negara timur tengah yang koma selepas majlis graduasinya... Kes yang sama.. pembuluh darah di otaknya pecah. Tak lama selepas itu, pelajar tersebut juga meninggal. Kedua-dua kes ini adalah kes brain aneurysm.



Apakah simptom brain aneurysm?
  • Boleh dikatakan tiada apa-apa simptom langsung
  • Sakit kepala
  • Pandangan mata menjadi kabur
  • Gangguan dalam percakapan

Simptom kritikal brain aneurysm
  • Sakit kepala yang berbeza daripada kebiasaan
  • Sakit di bahagian leher
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Loya dan muntah-muntah
  • Pitam atau pengsan
  • Sawan
Kesan-kesan rupture brain aneurysm (salur darah pecah):
  • Pendarahan otak
  • Strok
  • Koma
  • Kematian


Untuk mengelakkan sakit kepala ini, saya cadangkan, konsistenkan masa tidur. Dua kes di atas berlaku kepada pelajar.... kemungkinan sebab stress dan kekurangan tidur. Maka, amalkan gaya hidup sihat. Elakkan daripada memaksa diri membuat assignment last minute atau mengulangkaji di saat-saat akhir.. Kalau sakit kepala yang selalu berulang, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut.

Nak dapatkan supplemen-supplemen yang dinyatakan di atas? Hubungi 012-5538628 (Diana) untuk maklumat lanjut dan konsultasi secara percuma :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek


Rujukan:




Previous
Next Post »
0 Komentar