Petua Tahan Lapar Semasa Berdiet

5 Petua Tahan Lapar Semasa Berdiet

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Hari ni nak kongsikan petua tahan lapar semasa berdiet...

Saya faham sangat... bukan mudah nak mengekang nafsu makan semasa berdiet. Tambah-tambah waktu hari cheat day, macam nak balun semua.. nak makan sepuas-puasnya... Tapi rosaklah diet kita kan...

Saya sendiri mengalami perkara yang sama... Nak diet sangat-sangat. Tapi bila kurangkan makan... mulalah rasa perut berangin... nak muntah... rasa nak kena makan.... Akhirnya tak jadi diet... Pernah tak terjadi pada pembaca-pembaca yang disayangi semua?

Heee sabar ekk... Saya rasa kalau nak diet, jangan sampai tak makan langsung... atau jangan kurangkan makan sampai tinggal secubit aje.. memang terkejut beruk la perut kita nanti. Kesannya, masuk angin, jadi gastrik kang, rasa loya-loya, badan lesu. 

5 petua tahan lapar semasa berdiet:

  • Cara terbaik ialah kurangkan nasi dan banyakkan makan lauk pauk. Masa awal-awal tu, lebih-lebihkan lauk pauk pun takpe.. supaya perut tak terkejut yang makanan telah dikurangkan, terutamanya nasi. Kita yang dah biasa makan nasi, memang akan terkejut perut sebab nasi dah berkurangan. Kepingin nak makan nasi tu memang susah nak kawal.... 
  • Pastikan pengambilan lauk pauk yang banyaknya terdiri daripada bahan-bahan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Susah juga terutama bagi orang-orang yang kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan macam saya ni... Tapi kalau tak makan, satgi lapar sangat-sangat pula...
  • Minum air paling kurang 2 liter sehari. Air yang mencukupi untuk badan ialah mengikut berat badan anda, iaitu 20kg 1 liter air. Jadi kiralah sendiri. Contoh, kalau 60kg berat anda, maka 3 liter air lah yang harus diminum setiap hari. Minum air banyak, bantu meningkatkan rasa penuh dalam perut, jadi kuranglah makannya..
  • Pastikan anda sibukkan kehidupan seharian anda. Bila sibuk, ada rasa nak makan tak walau lapar tara mana sekalipun? Mesti tak sempatkan? Jadi berjayalah anda dalam mengurangkan lapar dan mengurangkan makanan :)
  • Sama macam atas, selain sibuk, banyakkan meregang badan dan berlari-lari anak ke mana sahaja anda pergi. Ini adalah untuk meningkatkan metabolisme anda. Selain itu, anda akan minum lebih banyak air sebab dahaga. Bila perut penuh air, kurangla rasa lapar.

Selamat mencuba :) Tapi bila berdiet ni, makanan memang kena dikurangkan... Tapi pastikan bersenam jugak tau. Susahla bila kurangkan makan tapi tak bersenam. Lelemak dalam badan tu kena digoncangkan juga... baru senang nak buang.

Tapi bila umur semakin meningkat, metabolisme badan jadi perlahan. Berat susah sikit nak dihilangkan. Yang penting juga, kita nak buang lemak badan bukan nak buang otot badan. Kalau crash diet yang tak makan tu... hilang otot, lemak semua.. bila da makan secara normal, badan naik kaw-kaw punya.. Jadi lebih gemuk daripada sebelum kurus tu...

Ada beberapa jenis supplemen Shaklee yang sangat bagus dalam proses menguruskan badan ni. 

Set Pertama: (anda boleh klik di sini untuk mengetahui cara makan vitamin-vitamin berikut).

#Vitalea (120 biji, RM88.75)
#AlfalfaComplex (330 biji, RM53.75)
#Herblax (120 biji, RM52.50)
#Lecithin (180 biji, RM52.50)

- #OmegaGuard (90 biji, RM136.00)

Harga keseluruhan: RM383.50

Set Kedua: (Lebih menumpu kepada membuang lemak daripada badan)

Cinch Shake Mix yang terdiri daripada 3 perisa iaitu Caffe Latte, Chocolate dan Vanilla. (1 canister, RM173.00)
Cinch Energy Tea Mix (RM131.00)

Harga keseluruhan: RM304.00

Anda nak tahu selanjutnya, boleh hubungi saya di 012-5538628 untuk konsultasi secara percuma tentang pengambilan vitamin yang diingini :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Casa Del Rio Hotel, Malacca

Assalamualaikum and Hi everyone.. This time, let's talk about traveling to Malacca and which hotel is the best.... I choose to talk about Casa Del Rio Hotel this time... 

Alhamdulillah, I am so grateful to have the experience  of staying at Casa Del Rio Hotel. It is located by the side of the river, in the middle of the tourist attraction locations in Malacca such as Jonker Walk, Menara Pahlawan, Hard Rock Cafe, Mahkota Parade and etc....

The rooms are SUPERB! 

But most importantly not the rooms, but the services provided by the hotel. Each room will have the access to Internet connection and the coverage was great!

For those who are driving, you can use the hotel room card to access the parking for in and out and of course it is free of charge. For the parking card (you get it for the first time when entered the parking area), get it endorse at the concierge and you don't have to pay a single cent.

The restaurant and food, okla....not so bad. But the staff are friendly. Those who like to swim, yes... the swimming pool is awesome!!!!! My son really enjoyed swimming at the pool and for the first time, he was able to relax, float for awhile and dive in. More confidence gained this time :)

One more important thing that I felt Casa Del Rio is great, was how the staff attended to the guest. I was being told by my friend that her 2 year-old son was not well and her husband went to asked at the concierge where was the nearest clinic. To my surprise, the hotel not just told him the location but also brought them directly to the clinic using the hotel van. 

Last but not least, on the last day after checked out. I found this card on my windscreen.

Isn't it awesome? Kudos Casa Del Rio Hotel for all the services that you have provided. I wish to come back to Casa Del Rio Hotel in the near future, InsyaAllah. Just stay here and chillax. 

Jadi Dinasour Di Tengahari

Assalamualaikum dan hi hi hi semua... Waktu-waktu gini, mata dah berat... Mengantuk macam jadi dinasour di tengahari... Rasa nak jerit je bagi hilang mengantuk ni... maklumlah lepas makan tengahari... Saya pulak dua tiga hari ni, mcm burung hantu, susah nak tidur malam. 

Apa nak buat ekk? Tak tahan rasanya. Waktu ni pulak tak boleh nak buat coffee. Banyak sangat minum coffee akan menyebabkan sakit tumit dan sakit sendi. Jadi kenalah jaga.

Penyelesaian saya... kita layan Cinch Energy Tea Mix yang memang immediate effect dia.. mata jadi terang... hilang mengantuk di tengahari.

Dulu masa bulan puasa, waktu sahur memang minum Cinch Energy Tea Mix sebab saya nak kurangkan coffee. Alhamdulillah tak mengantuk dan memang terang mata dan pagi memang bersemangat.

Kalau nak drive jauh-jauh, takut mengantuk, memang saya recommend sangat minum Cinch Energy Tea Mix sebelum memulakan perjalanan. InsyaAllah, terang mata dan bersemangat. Boleh baca mengenai Cinch EnergyTea Mix di SINI.

Selain itu, saya nak share satu rahsia lagi.... Cinch Energy Tea Mix ni sesuai sangat bagi orang-orang yang nak menguruskan badan.... sebab Cinch Energy Tea Mix ni meningkatkan metabolisme badan. Jadi memang memudahkan proses menguruskan badan :)

Nak tahu lebih lagi atau dapatkan konsultasi secara PERCUMA, hubungi 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Bersyukur Sekecil-Kecil Perkara

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni terasa nak update pasal bersyukur... Kadangkala kita terlupa untuk bersyukur sekecil-kecil perkara yang terjadi. 

Haha... saya pun terlupa.. Allah ingatkan dengan kumpulan #bulatangembirakita daripada kumpulan Shaklee saya.. Syukur sangat join Shaklee dan ada adik beradik yang selalu ingat mengingatkan :)

Dalam kesibukan menempuh kehidupan seharian, yang selalunya asyik rushing je... kita terlupa dan terlalai. Kalau nak bersyukur, asyik nak perkara-perkara yang besar aje... Padahal kita tak teringat langsung perkara-perkara kecil yang baik yang terjadi kepada kita... Lantas di mana rasa syukurnya...??? 

Lain pula yang terjadi... kita mula mengeluh dan komplen pagi-pagi lagi yang hari ni tak bestla.. jalan jem, bawa kereta kena honk la.. sakit hati la.. nak kata, semuanya bermula dengan sesuatu yang tidak baiklah... dan macam-macam lagi... Allahuakhbar... banyak-banyakkan beristighfar. 

Fikirkanlah, bangun pagi, dalam keadaan sihat... menarik nafas dengan oksigen percuma Allah bagi, takkah itu satu perkara yang wajib kita bersyukur setiap hari?

Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak lagi Allah akan beri. Jangan fikir rezeki hanya datang dalam bentuk wang ringgit. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk... kesihatan... kegembiraan... kasih sayang... jangan sesekali kita lupa... Lebih banyak bersyukur..lebih banyak kita menjemput rezeki dalam kehidupan kita.

Jom layan video-video orang-orang yang rasa sangat bersyukur dengan perkara-perkara yang terjadi ke atas mereka:

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Ini je kot celoteh ringkas di petang hari... Hehehe... harap-harap dapat mengingatkan kita yang terlupa... Ingat, bersyukurlah dengan sekecil-kecil perkara yang kita alami. Kalau yang besar tu... bersyukurlah kita bawa kereta.. kita selamat sampai ke destinasi... Renung-renungkan orang yang tidak sempat sampai untuk berada di sisi orang-orang yang tersayang kerana telah dijemput Allah... Allahuakhbar..

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Cabaran Menjaga Bayi Pramatang

Setiap wanita mesti mengimpikan kelahiran bayi secara normal dan sihat serta tepat pada waktunya. Namun, sesetengahnya Allah menguji dengan kelahiran awal, iaitu sebelum minggu ke-37. Bayi yang lahir sebelum minggu ke-37 dipanggil bayi pramatang atau premature babies. Adalah suatu cabaran menjaga bayi pramatang

Ibu-ibu yang melahirkan bayi pramatang atau premature baby pula, tidak dapat dinafikan seharusnya kena kuat mental dan fizikal kerana cabaran yang perlu dihadapi dalam proses menjaga dan menyusukan bayi pramatang terutamanya. 

Bayi pramatang selalunya masih belum mampu minum susu direct daripada puting susu ibunya. Namun, ibu-ibu JANGAN berputus asa ya. Kerana ramai dah berjaya menyusukan bayi pamatang. Malah kawan saya sendiri melahirkan bayi kembar pramatang pada minggu ke-32. Alhamdulillah... akhirnya bayi-bayinya keluar daripada hospital dalam keadaan yang sihat dan kuat. 

Banyak perkara harus dititikberatkan dalam menjaga bayi pramatang, kerana pada waktu itu, bayi pramatang:

- Tidak dapat bernafas dengan betul.

- Tidak dapat menyusu direct daripada puting susu ibu.

- Mungkin tidak dapat makan, bernafas dan telan pada waktu yang sama.

-Mengalami pengurangan berat badan atau sukar mengalami kenaikan berat badan.

Anda juga wajib tengok video di bawah yang menceritakan pengalaman dalam menjaga bayi pramatang.

Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Selain itu, anda juga boleh ikuti kisah Krista Gray dalam journey menyusukan bayi kembar pramatang. Dia juga berkongsi posisi-posisi yang sesuai untuk menyusukan bayi kembar tersebut.

Sila klik di link ini - Set Menyusu atau Set Berpantang jika anda ingin mengetahui set berpantang atau menyusu yang bebas bahan kimia, selamat serta sangat bagus untuk anda dan bayi :) Apa-apa pun, anda boleh hubungi 012-5538628 untuk maklumat lanjut.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Mati Yang Pasti!

Salam Jumaat atau happy Friday semua. Mesti semua seronok esok dah weekend kan... Hari ni nak tulis something yang serius skit.. iaitu pasal mati yang pasti dialami semua makhluk....

Mati memang tidak kira masa, tidak akan terlambat atau terawal walaupun sesaat. Kematian kita semua telah tertulis di Kitab Luh Mahfuz. Malah, segala-gala mengenai kehidupan kita, kelahiran, rezeki, jodoh, kehidupan semuanya telah ditetapkan di dalam kitab Luh Mahfuz dan itulah kehidupan kita di dunia dan akhirat. Kita hanya menjalankan aje..

Saya nak share skit pengalaman yang tak seberapa pun.. Tapi mengingatkan saya bahawa, dalam hidup ini, apa saja boleh terjadi. Mungkin kecil bagi anda semua.. tapi besar bagi saya :)

Semalam.. dalam elok-elok duduk beristirahat, kebiasaannya, hidung saya memang selalu tersumbat di malam hari.. (disebabkan allergi saya... sama kes ngan anak saya). Memang I live with it and biasakan diri aje. Tapi makin lama, saya rasa macam nak semput. Nafas da mula berbunyi atau wheezing. 

Buat pengetahuan pembaca, saya takde masalah asthma tapi disebabkan allergi, kadangkala, saya akan mula batuk-batuk (memang batuk-batuk tu teruk juga). Dah lama pun saya tak kena batuk-batuk allergi ni.

Saya duduk dan tegakkan badan sebab rasa nak batuk. Kemudian, bermulalah serangan batuk yang tak henti-henti... Batuknya tarik sampai ke perut. Bayangkan kuatnya batuk. Ada masa sampai nak termuntah-muntah. Sekelip mata aje batuk-batuk tersebut menyerang dalam saya duduk bertenang sebelum itu.

Hidung saya kekal tersumbat. Memang tak boleh bernafas melalui hidung. Batuk pula non-stop. Menyebabkan saya sesak nafas dan nafas saya pendek-pendek. Suami saya menyuruh saya minum air panas suam untuk meng'clear'kan laluan pernafasan saya. Saya akui, berair mata juga saya dalam batuk-batuk tu. Tak tertahan rasanya. Dalam tertahan-tahan, saya hirup air panas tersebut.

Dalam fikiran saya, terbayang andai saat kematian tiba, daripada sihat elok... serangan sakit datang dan itulah saat terakhir kita di dunia... segalanya hanya sekelip mata. Itulah kematian... datang tanpa diduga... 

Persoalannya, kehidupan ini, tidak segan dengan dosa... Adakah kita hendak pulang kepada Sang Pencipta dengan keadaan begini? Kenalkah kita dengan diri kita? Matikah kita sebelum kita mati bertemu denganNya. Allahuakhbar... tepuk dada... tanyalah jiwa...

Moga, kematian kita berjasa kepada yang masih ada... Moga pulangnya kita kepada Pencipta.. pulang ke Rahmatullah.. Pulang ke sisi Allah... Yang ada hanya Allah yang Satu... yang tiada dan tidak pernah wujud adalah kita.....

Piiirah Shaklee Asyik-Asyik Shaklee

Meluat dan bosan apabila terdengar orang asyik-asyik cakap pasal Shaklee. Setiap hari ade je iklan Shaklee. Apa yang best sangat ekk Shaklee ni? Makan tak jadi apa pun.... Piiiirahhh Shaklee, asyik-asyik Shaklee... 

Sebenarnya kebanyakan yang jatuh cinta dengan Shaklee setelah mengamalkan Set Menyusu atau Set Bersalin Shaklee. Maknanya majoriti adalah wanita. Alhamdulillah, mereka tidak kecewa dengan hasil yang memberangsangkan. Dengan izin Allah, susu juga banyak dan mereka dapat menyusukan bayi mereka lebih daripada 2 tahun. 

Hendak menyusukan bayi juga bukanlah mudah. Malah saya juga telah melaluinya. Anda boleh baca pengalaman saya di SINI. Tekad untuk menyusukan bayi harus kuat, disulami pula dengan sokongan suami dan ahli keluarga ya. Jangan sesekali terfikir untuk menyusukan bayi dengan formula milk kerana secara alami atau naturalnya, memang setiap wanita MAMPU untuk menyusukan bayinya. Nekad atau tidak je.

Tidak dinafikan, menyusukan bayi memang letih. Jadi suami-suami dan bakal menjadi ayah tu... tolong sediakan mental dan fizikal anda untuk menyokong isteri anda yang hendak menyusukan bayi. Jom tonton video sweet di bawah. Haaa tak percaya sangat.

Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Untuk maklumat lanjut tentang Set Menyusu Shaklee, anda boleh rujuk di artikel INI. InsyaAllah, supplemen-supplemen Shaklee diperbuat daripada bahan-bahan organik yang selamat dan telah melalui ujian klinikal untuk memastikan mutu dan kualiti yang terjamin.

Tidak rugi menjadi ahli Shaklee kerana kita akan dapat menikmati diskaun antara 15% - 20% untuk setiap pembelian supplemen-supplemen Shaklee. InsyaAllah yuran sekali seumur hidup (RM75.00). Kesihatan kita akan lebih baik, InsyaAllah. Dapat cash back setiap bulan. Malah kita juga akan dapat membina empayar peniagaan Shaklee sendiri yang boleh diwarisi sehingga ke anak cucu. 

Takutkan, membaca di dada-dada akhbar dengan penurunan harga minyak dunia yang akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.. Bersedialah menghadapi kemelesetan ekonomi. Tambahkan pendapatan sampingan anda demi anak-anak dan keluarga tersayang.

Hubungi saya untuk pendaftaran dan pembelian supplemen-supplemen Shaklee sekarang juga di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Dilema Menghantar Anak Ke Taska

Setiap ibu bapa yang bekerja mempunyai dilema dalam menghantar anak atau bayi yang masih kecil ke taska. Begitu jugalah yang terjadi kepada saya dan suami. Terasa sukar apabila terpaksa menghantar anak ke taska

Alhamdulillah setakat ini, anak saya memang ok berada di taska, tapi.... dalam sebulan tu, mesti kena melawat klinik kanak-kanak. Banyak sebab.. kadang batuk, kadang-kadang batuk dan selsema, kadang-kadang demam. Ada masanya muntah-muntah. Manalah kita sebagai ibu bapa ni tak risau kan...???

Tambah-tambah pula, anak saya ni, ikut genetik saya. Mudah mengalami allergik kepada habuk dan macam-macam lagi. Pernah sekali tu terus masuk hospital kerana mata bengkak dan badan jadi gatal-gatal. Anda boleh baca kisahnya di SINI. Sebab allergik tersebut pula, anda boleh baca di SINI.

Doktor pernah terangkan kepada saya. Risiko anak saya yang mengalami allergik dan terdedah pula kepada persekitaran yang bercampur dengan ramai anak-anak yang lain, dan jika ada dalam kalangan anak-anak itu sedang mengalami batuk atau selsema, maka kebarangkalian untuk anak saya mendapat batuk dan selsema adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mengalami sebarang allergik. Risau mendengarnya.. Jadi saya harus mencari alternatif lain untuk menguatkan sistem imunnya.

Alhamdulillah, syukur selepas keluar dari hospital selepas serangan allergik tu, keadaan anak saya lebih baik. Tiada lagi hidung tersumbat di waktu malam. Tidurnya juga lebih lena dan tenang. 

Saya amalkan memberi Chewable Vitamin C keluaran Shaklee untuk membantu menguatkan sistem imunnya. 

Selain itu, kini selera makan anak saya juga sudah meningkat. Anak saya sebenarnya adalah seorang yang sangat memilih makanan. Untuk itu, saya beri anak saya Mealshakes untuk membantu meningkatkan selera makannya. 

Saya dapat lihat kesannya apabila memberi anak saya Mealshakes. Memang nampak seleranya bertambah-tambah. Sekarang ni, kalau dapat makanan yang menepati seleranya, portion yang dimakan, mengalahkan orang dewasa. Tapi anak saya masih kecik comel.. heee.. Anda boleh tonton video kesan kebaikan Mealshakes kepada anak-anak yang mengamalkan Mealshakes.

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit di Taska, Apa nak Buat? From iReach HD on Vimeo

Memang, hakikatnya tidak mudah menjadi ibu dan ayah. Kita hendak berikan yang terbaik kepada anak-anak. Jika ibu-ibu dan ayah-ayah di luar sana berniat untuk mencuba Mealshakes dan mendapatkan Chewable Vitamin C, bolehlah menghubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek 

Cara Mengurangkan Masalah Gigi Ngilu

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca sekalian. Ampun dan maaf dipinta. Lama sungguh hamba tidak mengupdate blog ini.

Hari ni nak cerita pasal gigi. 

Hahaha... saya selalu ingat gigi saya adalah gigi yang tersihat di dunia. Sejak kecil, saya memang suka ke klinik gigi. Kat sekolah rendah ada klinik gigi. Jadi setiap kali gigi longgar, saya akan ke klinik gigi untuk mencabut gigi tersebut.

Alhamdulillah setelah sekian lama, gigi saya takdelah cantik macam pakai braces... tapi okla susunannya. Walaupun ada sikit tinggi dan rendah. Tapi tidak pernah berlubang atau rosak.

Sehinggalah.... sobs sobs sobs... di usia 31 tahun 9 bulan 7 hari. Huarghhhh bermakna sungguh detik itu....

Pada malam saya tengah menikmati dinner steamboat, tiba-tiba... kirk.... aduh..ngilu tak tahan rasanya. Saya tergigit batu ke? Puas saya pegang-pegang di kawasan gigi ngilu tersebut, tapi tiada apa-apa. Saya cuba sambung kembali dinner saya, tapi gigi masih terasa ngilu yang amat.... Lain macam betul. Saya tahu area gigi tersebut memang agak sensitif sebelum ini. Jadi saya jarang mengunyah di bahagian itu.

Tak puas hati, saya mencari-cari jika terdapat batu atau sisa makanan tersangkut di kawasan gigi tersebut. Sampailah saya rasa saya berjaya keluarkan 'batu' tersebut. Saya tunjuk pada suami saya.... saya berasa puas.. "Haaa tengok batu ni.. (dengan perasaan geram)." 

Dalam cahaya samar-samar yang ditemani cahaya bulan dan apps "Torchlight" daripada telefon, saya dan suami meneliti 'batu' yang berwarna putih tersebut. "Ehhh ni batu ke, serpihan gigi?" Apabila lidah saya pergi menyiasat di kawasan tersebut... SAH! 'Batu' tersebut adalah serpihan gigi geraham saya.... huhuhu...

Inilah serpihan gigi yang pecah daripada gigi geraham

Selama ini, saya sangka gigi saya adalah gigi tersihat di dunia.. rupanya boleh pulak pecah serpihan daripada gigi geraham. Tak sangka betul... heehehee... Kemudian saya teruskan makan. Hilang sudah ngilunya. Lega rasa hati. Tapi bila minum air sejuk... mak aiiii.... ngilunya... terpaksa saya menekan pipi saya..

Haha... itulah ceritanya. Pengajaran yang saya dapat:

- Kurangkan menggigit ais. Saya memang suka sangat makan ais. Alhamdulillah masa mengandung dulu tabiat ini terhenti seketika.. sekarang memang dah start balik.

- Gosok gigi secara konsisten. Pastikan anda gosok gigi dengan cara yang betul. Bukan dengan cara kiri ke kanan. Tapi lebih elok atas ke bawah. Dengan itu, anda juga akan mengurut gusi dan melancarkan pengaliran darah.

- Guna berus gigi yang lembut agar tidak mencederakan gusi dan menghakis gusi yang melindungi bahagian dalam gigi yang jika terdedah bahagian tersebut akan menyebabkan gigi menjadi ngilu apabila mengambil minuman sejuk atau masam.

- Guna ubat gigi yang berflorida untuk melindungi gigi.

Adapun yang masih elok giginya tapi selalu mengalami masalah gusi berdarah atau gigi rapuh, anda boleh juga mengambil supplemen untuk membantu menguatkan gigi.

Supplemen Shaklee yang membantu ialah:

- Vitamin C (Sustained Release Vita-C) yang membantu mengurangkan pendarahan gusi.

- OsteMatrix - Membekalkan keperluan kalsium kepada tubuh dan secara tidak langsung menguatkan gigi.

Anda boleh baca mengenai masalah gusi dan gigi bagi wanita hamil di link INI.

Jika ada sebarang pertanyaan dan ingin membuat pembelian supplemen-supplemen Shaklee, boleh hubungi saya di 012-5538628. Jangan malu-malu :)