Kenapa wanita bad mood bila period

Hahaha. Ramai kot tercari-cari punca kenapa wanita macam bad mood sampai macam nak meroyan bila period. Kak yone sebagai seorang wanita sendiri tak memahaminya. Tapi jom kita selidik perlahan-lahan.

Meroyan selalunya diklasifikasikan sebagai jiwa yang terganggu selepas melahirkan anak. Tapi ada wanita, yang tak beranak pun meroyan. Jiwa kacau tak tentu hala.

Mood perempuan ni macam roller coaster. Kejap baik. Kejap nanti mengamuk. Encik abang, sila bertabahkan hati. Jangan sentap sebab perempuan memang Allah ciptakan sebaik-baik kejadian. Mood roller coaster tu, dah jadi sebahagian daripada kehidupan kami.



Kalau tak meroyan lepas bersalin, mesti ada je yang nak meroyan dekat-dekat nak period atau masa period. Tapi, ketahuilah sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan kaum wanita mengalami jiwa kacau atau bad mood especially masa nak datang bulan.

Punca-punca wanita mudah marah, melenting dan bad mood

😡 Perubahan hormon. Hormon wanita ni, kalau tak stabil, memang mudah sangat memberi kesan kepada mood. Kalau nak datang period, selalunya memang akan terjadi perubahan mood macam roller coaster. Jadi emosi perempuan mudah sangat terganggu. Sikit je perbuatan atau kata-kata akan menyebabkan wanita mudah sentap.

Sebab tu kalau lepas bersalin, wanita mengalami perubahan hormon yang drastik. Jadi kalau hati dan perasaan wanita lepas bersalin tak terjaga, kesannya dahsyat. Tu yang jadi meroyan. Sentapnya memang kuat. Kaum lelaki, tolong bersabar dan layan isteri anda dengan penuh kasih sayang.

😡 Kurang belaian dan kasih sayang. Kes ini selalunya terjadi pada wanita yang bergelar isteri. This is a serious matter. Sebab ada masa-masanya apabila suami tidak memberi perhatian, ditambah lagi dengan ketidakseimbangan hormon nak period, wanita boleh melempiaskan kemarahan bukan sahaja kepada suami, malah anak-anak turut menjadi mangsa. 

Jadi, kaum suami, tolong beri perhatian serta belaian kepada isteri ya. Kasihan kepada anak-anak yang tidak berdosa. Sesungguhnya sentuhan yang sedikit pun daripada suami, dapat menenangkan jiwa si isteri. Percayalah. Apa susahnya nak berikan sedikit pelukan atau pegang tangan si isteri. Trust me, she definitely will appreciate it.

😡 Janji tidak ditepati. Ni satu lagi AWAS yang harus diingatkan kepada kaum suami. Kalau dah berjanji, tolong tepati. Perempuan ni makhluk sensitif. Kalau terlupa tarikh hari lahir pun boleh jadi isu. Inikan pula kalau dah berjanji, tapi tak ditepati. Memang nahaslah. 

Mungkin perempuan tak tunjuk sangat. Tapi makan dalam. Nanti disimpan dalam hati lama-lama, suatu masa apabila dah meletup, guys, you will regret! 😎

😡 Too much time spent on career and friends. Kalau dah namanya bekerja, memang tak boleh elak. Tapi boleh kot kalau cuba cari masa untuk spend lebih masa dengan isteri. Nak melepak dengan kawan-kawan pun, bukanlah tak boleh. Tapi biar seimbang. Penat rasanya menjaga rumah tangga bersendirian tanpa suami. Tolonglah hargai isteri. 

😡 Keadaan kesihatan isteri terganggu. Perempuan memang makhluk yang tak dapat diduga. Kadang apabila tak sihat, dia tak cakap pun pada suami. Kadang tu nak harap suami faham-faham sendiri melalui keyword yang diberi. Jadi, orang lelaki, please read between the lines. Prihatin dengan keadaan isteri. Berkomunikasilah dengan isteri anda kalau anda tak faham apa sebenarnya yang melanda. Mana tau, sebenarnya dia tengah senggugut.

Apa yang penting, sentiasa berkomunikasi dengan isteri. Jangan biarkan syak wasangka mempengaruhi emosi wanita. Biar mereka faham keadaan diri. Walaupun kebanyakan suami adalah yang jenis senyap. 

Kalau tak tahan sangat dengan leteran dan bebelan isteri, belikan mereka supplemen yang membantu menenangkan emosi dan tubuh mereka, iaitu:

💗 Vitamin B Complex Shaklee yang memang terbukti mempertingkatkan tenaga serta membantu untuk merasa lebih tenang dan menghilangkan amarah.

💗 Tablet kalsium Ostematrix. Wanita dan kalsium berpisah tiada. Kalsium sangat penting untuk kekuatan tulang, terutamanya kepada wanita yang telah melalui proses melahir dan menyusukan anak. Habis kalsium diberikan kepada bayi. 

Haaaa taknak si isteri 'keguguran' gigi. Pastikan beri Ostematrix. Kandungan kalsium bersama vitamin D membantu penyerapan optima kalsium ke dalam tulang. Magnesium membantu melegakan kekejangan otot setelah seharian bekerja. Isteri pun akan mendapat tidur yang lebih lena.

💗 Vivix! Confirm isteri akan menyukainya. Siapa yang taknak makan supplemen anti-aging kan????? Supplemen yang mengandungi Resveratrol untuk pemulihan sel-sel dalaman ke 25 tahun lebih muda! 😲 InsyaAllah si isteri akan kelihatan lebih berseri-seri, sihat dan bertenaga. Awet muda gitu. Takkan suami tak nak tengok isteri cantik berseri-seri 😊

💗 Collagen Shaklee. Apabila umur semakin meningkat, keanjalan kulit semakin menghilang sebab tubuh kita akan mula kehilangan kolagen. Isteri yang selalu merungut sakit lutut dan sakit sendi, mungkin sedang mengalami kekusutan kolagen. 

Kehadiran kolagen sangat penting untuk kesihatan sendi dan juga keanjalan kulit. Jadi dapatkan mereka kolagen yang berkualiti iaitu kolagen Shaklee yang teksturnya sangat halus untuk penyerapan terbaik 😊 Isteri yang sihat adalah isteri yang bahagia. Bukan sihat = gemuk tau. Tapi sihat tubuh badan luaran dan dalaman.

💗 Ada juga isteri yang terlalu melayan emosi bad mood, terasa lemau je apabila nak buat kerja-kerja rumah. Akhirnya umah bersepah-sepah dan tidak teratur. 

Kuncinya, bagi minum teh cinch yang sangat authentic. Aromanya yang wangi serta rasanya yang sedap, perghhh pasti lepas minum, isteri terus bersemangat nak kemas rumah. 

Cinch tea bukan sebarangan teh. Tapi teh yang tinggi antioksidan serta membantu mempertingkatkan tenaga. Ehhh tapi bukan bermaksud bagi isteri Cinch Tea nak suruh isteri jadi tukang ekkk. Ni cuma nak isteri sihat dan bersemangat serta bertenaga. Suami jangan lupa tolong buat kerja-kerja rumah bersama.

Amalkan semua ini, insyaAllah, mood wanita akan lebih terjaga. Say NO to bad mood and meroyan! Tak percaya? Nape pulak boleh improve mood? Sebabnya, apabila mengamalkan supplemen semulajadi Shaklee, sel-sel dalaman sebenarnya sedang diberi makan dengan zat-zat yang diperlukan. 

Apabila dalaman sihat. InsyaAllah, sihat itu akan terpancar di luaran juga. Kesannya badan akan lebih bertenaga, malah semangat pun up aje. Bila sihat cergas, otak pun fikir yang positif aje.



Tak percaya, haruslah dapatkan vitamin-vitamin ini. Whatsapp kak yone di 012-5538628.

Jom sihat ceria sama-sama,
Kak yone yang makan Shaklee dan nak share kepada anda kebaikan vitamin-vitamin Shaklee 😊
012-5538628.
Shaklee ID: 1112978
Like FB page: Hearty . Love . Healthy

COD: Shah Alam, USJ, Subang, Petaling Jaya (Amcorp Mall, Menara PKNS, VSQ Tower dan kawasan-kawasan berdekatan), Klang (Hotel Premier, KWSP, AEON Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas), Mid Valley

#Pengedar Shaklee Shah Alam
#Pengedar Shaklee PJ
#Pengedar Shaklee USJ
Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Kan kadang2 kesian sy tengok lelaki tiba2 kena teriak2 :'(
Bersimpati la kepada kaum lelaki please

Balas