Resepi sup rebusan tulang ayam berkhasiat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 😊 Kak yone rasa happy sebab dapat resepi yang best, sedap dan berkhasiat untuk dikongsikan. Resepi sup rebusan tulang ayam berkhasiat yang boleh kita gunakan untuk masakan atau pun sebagai sup 😊

Kak yone dulu selalu fikir, macam mana nak bagi anak-anak yang memilih makan, macam asyik makan nasi kosong aje. Takkan dapat karbohidrat aja? Anak kak yone yang kedua ni, nak memudahkan dia makan, kak yone memang masak bubur nasi yang kak yone blend dengan sayur-sayuran dan ayam. InsyaAllah cukup khasiat.

Cuma sekarang ni, bila makan nasi, dia memilih taknak gigit ayam tu.. Grrrrr. Jadi makan nasi aje. Tak boleh jadi ni.

Tapi dengan air rebusan yang akan kak yone share ni, insyaAllah lagi sedap dan berkhasiat 😁 Bolehla dibuat sup atau bubur or even nasi ayam untuk santapan sekeluarga.

Ok, ini resepinya 😊

Bahan-bahan

- Rangka ayam
- Beberapa pasang kaki ayam
- Satu sudu besar cuka epal atau kurma atau sebiji lemon
- Sup bunjut tulang (2 bunjut/pek)
- 2 biji bawang Holland 
- 1 labu bawang putih
- 3 inci halia
- Carrot ikut la nak letak banyak mana 
- Fennel (sayur adas) atau daun celery
- Garam

Cara-cara

1. Rebuskan rangka dan kaki ayam di dalam stock pot atau slow cooker. Masukkan air yang banyak sebab air akan berkurangan apabila direneh dalam jangka masa yang lama.

2. Masukkan lemon sebiji atau boleh gunakan sesudu besar cuka epal atau kurma.

3. Renehkan (api perlahan ye) dalam setengah jam.

4. Basuh semua bahan-bahan seperti bawang, bawang putih, halia serta sayur-sayuran yang lain dengan Basic H iaitu pencuci serbaguna yang diperbuat daripada bahan-bahan organik iaitu ekstrak jagung dan kelapa, untuk menyingkirkan segala kotoran dan bahan kimia yang terdapat pada bahan-bahan tersebut.


5. Selepas itu, masukkan semua bahan-bahan yang disenaraikan ke dalam rebusan tulang ayam tadi.



6. Rebus selama 3 jam bagi stock pot atau 1 jam untuk slow cooker.

7. Masukkan garam secukup rasa di akhir rebusan itu. Kacau bersama-sama semuanya.

8. Selepas itu, tapiskan bahan-bahan rebusan dan air rebusan boleh disimpan di dalam bekas dan digunakan apabila perlu, sama ada untuk buat sup, masak bubur nasi untuk anak-anak, masak nasi ayam dan sebagainya.

*Bahan rebusan yang ditapis boleh dimakan sebagai sumber serat. Kaki ayam tu pun boleh ratah 😁

Air rebusan ini juga boleh dibuat sebagai sup dan sangat baik diberi kepada orang-orang yang tiada selera makan atau dalam keadaan yang tidak sihat kerana kandungannya yang sangat berkhasiat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat 😊

Pssstt: Nak dapatkan pencuci serbaguna Basic H ni boleh hubungi kak yone di 012-5538628. Best tau Basic H ni, banyak sangat kegunaannya, sebab Basic H diperbuat daripada bahan organik, maka jangan risau boleh digunakan untuk mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran serta bahan-bahan lain. Jimat pulak tu sebab pakai setitik dua aje selalunya. Memang bertahan lama 😊 

Boleh tengok video yang kak yone sharekan di bawah berkenaan Basic H yang kak yone gunakan untuk membersihkan kasut sekolah dan baju sekolah anak kak yone 😊








Jadi dapatkan Basic H daripada kak yone sekarang juga. Mudah sangat nak settlekan kerja rumah. Hubungi aje 012-5538628.

Jom like juga FB page kak yone

Previous
Next Post »
0 Komentar