14 Tips Persediaaan Untuk Perjalanan Jauh Dengan Menaiki Kenderaan 4 Roda

Ramai orang rasanya sudah mula bercuti untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya minggu depan. Heeee... Alhamdulillah.. yang masih bekerja.. dapat merasa perjalanan ke tempat kerja agak lancar sedikit.. :p

Hari ini dah hari Khamis, rasanya malam esok, selepas waktu pejabat, ramai yang akan mula beransur-ansur pulang ke kampung... Kita tahu, apa saja perayaan dan musim cuti, semestinya highway itu akan penuh sesak dengan kenderaaan. Confirm bumper to bumper la highway Plus dan Pantai Timur... Semua warga kota akan pulang ke kampung halaman.

Bila difikir-fikirkan balik, serik nak tempuh jem di highway ni... panjangnya kesesakan ini bukan 10 - 20 km... tapi beratus-ratus kilometer... memang menguji kesabaran. Saya pernah alaminya sejak sebelum kahwin, hinggalah sekarang.. Bayangkan pukul 1 pagi bertolak pulang... Highway Plus beratur sejak dari keluar Highway Guthrie lagi... Plan nak bersahur di rumah terpaksa dilupakan... Bagi yang nak pulang ke Kelantan, perjalanan pulang yang kebiasaan hanya 8 jam menjadi 13 jam... perghhhh.... bila la nak sampai...heeee...



Kawasan R & R pulak memang penuh sesak.. nak masuk pun menunggu lama.. pernah saya dan suami, hanya berhenti di tepi highway (orang lain semua pun berhenti di tepi highway juga) untuk bersahur di dalam kereta. Memang waktu-waktu begitu, berhenti tepi highway macam jadi kebiasaan pula.

Apa-apa pun, semoga perjalanan kita dilindungi Allah.

Oklah, kali ini, saya nak berkongsi tips persediaan untuk menempuh perjalanan yang jauh dengan menaiki kereta atau apa-apa sahaja kenderaan 4 roda :)

Tips Persediaan Perjalanan Jauh:
  • Sebelum keluar rumah, pastikan rumah dalam keadaan teratur, suis elektrik semua ditutup dan kepala plug ditanggalkan.
  • Jika anda tinggal di kawasan apartment atau kondo, maklumkan kepada pejabat pengurusan tentang pemergian anda meninggalkan rumah. Kepada yang tinggal di taman perumahan, maklumkan kepada jiran yang anda percayai, guard, atau balai polis terdekat.
  • Sebelum keluar rumah, solat sunat dua rakaat untuk memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah.
  • Kemudian sebelum melangkah kaki keluar pintu, bacalah "Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huwas sami'ul 'alim" sebanyak 7 kali.

    بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم    

  • Pastikan keadaan pemandu sudah cukup tidur dan rehat.

  • Pemandu dan penumpang telah makan dan minum secukupnya.
  • Memakai pakaian yang selesa.
  • Mengambil supplemen untuk membantu menambah tenaga dan kekal cergas.
  • Pastikan kenderaan telah diservis dan tayar-tayar cukup angin dan dalam keadaan yang baik. Jangan lupa, pastikan minyak kereta juga telah diisi.

  • Pastikan telefon bimbit anda mengandungi semua nombor-nombor yang boleh dihubungi semasa kecemasan.
  • Bawa duit yang mencukupi untuk perjalanan ini. 
  • Baca doa naik kenderaan:                                                           سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
  • Bawa bekal makanan dan minuman sekiranya hendak berhenti untuk bersahur atau berbuka (semasa Ramadhan).

  • Bertawakal kepada Allah.


Untuk yang ingin mengambil supplemen, Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan supplemen yang sesuai untuk membantu anda lebih bertenaga dan cerah mata sepanjang pemanduan kereta pulang ke kampung halaman...(dengan izin Allah).

1. Kombinasi dua supplemen Shaklee iaitu Cinch Energy Tea Mix dan Performance Drink. Bancuhkan Cinch Energy Tea Mix dan Performance Drink bersama-sama. Rasanya bukan sahaja lazat malah InsyaAllah anda akan:

- Cerah mata (kesan Cinch Energy Tea Mix). 

- Cergas dan bertenaga (kesan Cinch Energy Tea Mix dan Performance Drink). 

- Mengurangkan rasa haus (kesan Performance Drink).



2. Vivix. Ambil sesudu besar dan minum air secukupnya. Sangat mudah :) InsyaAllah, Vivix adalah tonik ajaib. Anda akan bertenaga kerana sel-sel sedang digiatkan dari dalam.



Anda boleh order supplemen-supplemen ini terus secara online dan penghantaran supplemen-supplemen ini akan sampai ke rumah anda directly tanpa menghubungi saya dengan mengklik butang di bawah:




Tapi, jika anda ingin menghubungi saya untuk mendapat maklumat lanjut dan lebih selesa membeli daripada saya, hubungi saya di 012-5538628. Pembelian daripada saya atau direct online, semuanya akan mendapat panduan pemakanan supplemen dan konsultasi daripada saya sepanjang masa.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
0 Komentar