Saya ada terbaca satu artikel berbahasa Inggeris yang menarik tentang cara-cara untuk menghilangkan masalah kutu daripada rambut. Anda boleh baca di SINI artikel tersebut.
Kehadiran kutu di kepala menyebabkan kegatalan yang tidak tertahan kepada orang yang terkenanya. Selalunya masalah kutu ini terjadi dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah atau tadika. Kasihankan melihat anak-anak ini menahan kegatalan di kepala.
Lebih teruk lagi bila anak-anak mula menggaru-garu dan menyebabkan kulit kepala terluka. Kita sebagai ibu bapa mesti rungsing kan. Berikut adalah cara-cara mudah untuk menghilangkan kutu daripada kepala dan rambut anak-anak anda.
Anda perlukan:
- Cecair pencuci mulut Listerine
- Cuka
- Beg plastik atau shower cap
Cara-Caranya:
1. Basahkan rambut anak anda secara menyeluruh dengan cecair pencuci mulut Listerine.
2. Tutupkan keseluruhan rambut anak dengan beg plastik atau shower cap. Pastikan plastik atau shower cap itu ditutup dengan rapat dan tiada ruang yang terbuka.
3. Tinggalkan selama sejam lebih kepala anak anda bertutup dengan plastik.
4. Selepas sejam, buka plastik atau shower cap tersebut. Mesti anda terkejut melihat banyaknya kutu-kutu mati yang berada di dalam plastik atau shower cap tersebut.
5. Basuh kepala dan rambut anak anda. Kemudian basahkan pula rambut anak anda dengan cuka. Ini adalah untuk melonggarkan lekatan telur-telur kutu yang melekat di rambut dan kulit kepala.
6. Tutup rambut dan kepala dengan plastik beg atau shower cap sama seperti langkah ke-2. Biarkan selama sejam lebih juga.
7. Selepas sejam, buka beg plastik atau shower cap dan bersihkan rambut anak anda. Anda boleh basuh dengan shampoo dan bilaskan.
Langkah-langkah ini boleh diulang-ulang sekiranya baki-baki kutu masih terdapat dalam helaian rambut atau kulit kepala. Anda juga boleh merenjis-renjis cecair Listerine ke rambut untuk menghalau kutu-kutu tersebut kerana kutu-kutu tidak suka dengan bauan minty yang fresh daripada cecair Listerine.
Heeee.. saya tak pernah cuba. Harap dapat membantu bagi siapa-siapa yang memerlukan cara untuk menghapuskan pada masa ini :)
Siapa-siapa nak beli atau nak tanya pasal supplemen Shaklee, jangan malu-malu ekk untuk hubungi saya di 012-5538628.
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
5 Komentar
Salam, haa yup2, pernah tgk juga kawan buat cmni masa sekolah asrama dulu, tp guna cecair khas, bukan listerine..hehe nice sharing :) sng skit sbb listerine senang dapat :D
BalasHaritu kecik2 byk sgt kutu atas kpla.
BalasWasalam.. terima kasih sebab sudi melawat :)
BalasHeeee.. terima kasih sebab melawat :)
Balas