Jadual Waktu Sistem Badan Manusia


WAKTU PAGI

3.00 am - 5.00 am
Paru-paru
Ini adalah waktu terbaik untuk bangun daripada tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta mengambil masa untuk bermuhasabah diri. Mereka yang mengidap asma tidak patut tidur pada waktu ini kerana boleh menyebabkan kesukaran bernafas.


5.00 am - 7.00 am
Usus Besar
Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Masalah membuang air besar InsyaAllah dapat diselesaikan dengan mandi dengan air sejuk. Selain itu, masalah kegugupan juga akan dapat diselesaikan.


7.00 am - 9.00 am
Perut
Sarapan patut diambil dalam tempoh ini.


9.00 am - 11.00 am
Limpa
Jangan makan atau minum walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini, akan menyebabkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan melambatkan proses pencernaan. Kesannya badan menggigil dan mengantuk. Kalau yang mengidap diabetes, kesan memang akan jelas terasa.


WAKTU TENGAHARI


11.00 am - 1.00 pm
Jantung
Hanya air sahaja diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur pada waktu ini. Jika tidak, kesannya karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Kesannya, meningkatkan risiko terkena serangan jantung, lumpuh atau sakit-sakit badan. Selalunya pada waktu ini juga, pihak hospital akan lebih berjaga-jaga kerana pesakit jantung dan diabetes kemungkinan akan mengalami serangan berbanding pada waktu-waktu lain.


PETANG


1.00 pm - 3.00 pm
Usus Kecil
Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu, tutup mata selama 5 minit. Jika ingin lelap, lelaplah sebelum waktu Zuhur, untuk lebih kurang 5 - 10 minit.


3.00 pm - 5.00 pm
Pundi Kencing
Sesuai mengambil minuman seperti jus buah atau teh.


5.00 pm - 7.00 pm
Buah Pinggang
Masa untuk bersantai dan berehat daripada kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan buah pinggang dan berisiko untuk mendapat jangkitan salur kencing.


WAKTU MALAM


7.00 pm - 9.00 pm
Dinding Jantung
Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.


9.00 pm - 11.00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu, sebaiknya pada waktu ini, seseorang itu hendaklah berbaring dan bersedia untuk tidur. Elakkan daripada menonton tv atau membuat kerja-kerja yang berat.


11.00 pm - 1.00 am
Hempedu
Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di keesokan harinya.


WAKTU LEWAT MALAM

1.00 am - 3.00 am
Hati
Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan menyebabkan badan lesu.


InsyaAllah, ini adalah asas kepada penjagaan tubuh badan kita untuk kehidupan yang lebih sihat. Namun keadaaan masa kini yang banyak dilalaikan dengan rancangan tv sehingga ke lewat malam menyebabkan kita selalu tidur lewat dan kesannya menyebabkan kita sukar untuk bangun awal pagi. Sama-sama kita ubah :)

Nak beli vitamin Shaklee, jangan malu-malu untuk hubungi saya ye. Setiap pembelian, anda akan dapat konsultasi pengambilan vitamin dengan percuma.

Previous
Next Post »
0 Komentar