Berbanggalah Menjadi Seorang Wanita

Pagi ini apabila sedang berjalan menuju ke kereta untuk ke tempat kerja, saya ternampak seorang ibu muda seperti saya (ceeewahhh) menolak stroller anaknya yang berusia kurang daripada setahun kot. 

Terima kasih kepada wanita itu, kerana apabila melihat dia, memberi saya inspirasi untuk menulis blog malam ini... heee... 

Wanita itu, jika dilihat cara berpakaian semua, semestinya hendak ke pejabat juga. Tapi mungkin singgah dulu ke nursery untuk menghantar bayinya. Selain menolak stroller, wanita itu menggalas beg bayinya dan mungkin juga beg laptopnya. Kiranya dalam sebahagian bahu itu, sampai dua beg digalasnya. Wanita itu hanya berjalan bersama anaknya tanpa ditemani sang suami. Bagi saya, dengan anak sekecil itu, memang dia seorang wanita yang cekal. 

Kagum saya melihat wanita itu. Pagi-pagi semestinya menyediakan bayinya untuk dihantar ke nursery bersama dengan barang-barang yang perlu dibawa bersama. Saya tahu, walaupun nampak mudah, tapi saya yakin wanita itu bangun seawal pagi dan menyediakan semuanya...

Saya lihat ramai lagi kawan-kawan wanita seusia saya, yang bekerja atau menjadi Work At Home Mothers yang memang sangat menitikberatkan kebajikan anak-anak mereka dan mampu melakukan apa sahaja untuk anak-anak yang dicintai. Anak menjadi sumber inspirasi kepada mereka untuk menggapai dan mencapai impian mereka. 

Sesungguhnya, dalam kelembutan dan keayuan seorang wanita, di dalamnya ada seorang pejuang. Malah jika dibandingkan dengan kaum Adam, saya rasa tidak terkalah kaum Hawa ini. Mungkin kekuatan fizikal kalah namun kuat dan tabahnya seorang wanita mampu mengatasi mental seorang lelaki. Berbanggalah menjadi wanita kerana Allah sendiri telah menjanjikan pelbagai keistimewaan kepada seorang wanita yang solehah.



Previous
Next Post »
0 Komentar