Salam EidulAdha - Hidup Ini Suatu Pengorbanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca yang disayangi semua. Selamat Hari Raya EidulAdha. 



Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Dah lama juga saya tidak menulis topik yang diluar daripada bisnes online Shaklee saya. Rindu sebenarnya untuk menulis. Sesungguhnya once you have started blogging, it is actually an addiction to those who loves to write. 

Kali ini, saya nak bercakap tentang pengorbanan. Bertepatanlah kan, kita pun sedang menyambut EidulAdha. Memang almost setiap tahun saya tidak pulang ke kampung sempena AidilAdha. Bukan sengaja tetapi mostly sebab kerja... Hmmmm sebab tu lah janganlah harap sangat pada kerja 9 to 6, kita tidak bebas masa untuk bergerak. Walau apa pun, saya bersyukur. InsyaAllah kita usaha untuk dapatkan time and financial freedom.. memang bolehhhhh..

Haha... itulah antara salah satu pengorbanan yang kita lalui dalam hidup ini. Kita tahu, sebenarnya dalam hidup ini, terlalu banyak pengorbanan yang telah kita lakukan. Lebih manis harga dan erti sesebuah pengorbanan apabila kita terpaksa berkorban perkara yang kita sangat cintai sekarang untuk perkara yang jauh lebih baik. Mungkin pada masa sekarang kita tidak nampak kesannya, InsyaAllah di masa hadapan, akan kita rasai manisnya pengorbanan yang telah dibuat. 

Ibu bapa kita sebenarnya adalah insan yang terlalu banyak berkorban untuk kita. Mungkin kita sedar dan mungkin kita tidak sedar. Apa sahaja yang kita buat untuk ibu bapa kita takkan dapat membayar harga pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka.

Dalam kehidupan ini, kunci kepada ketenangan hati adalah sabar dan redha. Kawan saya cakap, redha bukan pasrah ye.. Ada perbezaan tu... Terlalu banyak perkara yang ingin kita capai tapi jalan yang harus dilalui bukan mudah. Buatlah sehabis baik kemudian redhalah dengan ketentuanNya. Sesungguhnya kita hanyalah insan kerdil yang lemah. Jika Allah tidak mengizinkan, maka tidak akan terjadi juga perkara itu, walau air mata darah sekalipun yang mengalir.

Jom kita kembali kepada Yang Esa.. Yang Satu. Serahkan segala-galanya pada Yang Esa kerana Dia Maha Mengetahui. Kudrat kita ini juga adalah milik dan ketentuanNya. Sesungguhnya kita ini tiada. Jangan angkuh dan sombong, sekelip mata sahaja Allah boleh menukar sesuatu itu kepada sesuatu yang di luar jangkaan kita. Serahkan segala-galanya secara total kepada Yang Satu...
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

tahniah anda ada blog yg menarik. Banyak info pula tu..
jemput blogwalking di www.yatiadam.com

Balas
avatar

Terima kasih Sis Yati Adam kerana melawat :) Blog sis pun apa kurangnya :)

Balas