Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Terasa teringin nak share pasal Psoriasis. Mungkin ada sesetengah orang juga terkeliru antara Psoriasis dan Ekzema. Apa bezanya... Jom, hari ni, kita sama-sama belajar.
Sebelum tu, kita berkenalan dahulu dengan Psoriasis.
Psoriasis terjadi apabila sel-sel di bahagian kulit membaik pulih dengan cepat daripada sel yang paling dalam sehingga timbul ke permukaan kulit. Bagi orang yang normal, proses ini selalunya mengambil masa daripada 3 hingga ke 4 minggu. Tapi bagi pengidap Psoriasis, proses ini hanya mengambil masa selama 3 hingga 7 hari. Ini menyebabkan sel-sel yang tidak matang berkumpul di permukaan kulit.
Kesannya di permukaan kulit timbul kulit-kulit kering sehingga menjadi warna putih. Sila rujuk gambar di bawah.
Kajian mendapati, punca terjadinya keadaan ini adalah disebabkan oleh sistem imun badan. Sistem imun sepatutnya melindungi dan mempertahankan tubuh daripada penyakit. Sel yang terlibat untuk melindungi badan adalah sel-T. Namun, dalam kes Psoriasis, sel-T ini telah menyerang sel-sel kulit yang sihat secara tidak sengaja. Psoriasis merupakan salah satu jenis penyakit autoimmune.
Kesannya, sel pada bahagian dalam kulit akan menghasilkan sel kulit baru dengan cepat. Pada masa yang sama, juga menyebabkan banyak lagi sel-T dihasilkan untuk 'berperang' dengan sel kulit baru tersebut. Perkara yang menyebabkan terjadi perkara ini mungkin berpunca daripada genetik, di mana terdapat ahli keluarga yang mengidap Psoriasis atau disebabkan oleh persekitaran dan gaya hidup seperti stress.
Perkara-perkara yang boleh mencetuskan Psoriasis:
- Kecederaan pada kulit seperti luka hirisan, gigitan serangga, dan pendedahan yang terlalu lama di bawah pancaran matahari.
- Terlalu banyak minum alkohol.
- Perubahan hormon terutamanya pada wanita yang hendak baligh atau menopaus.
- Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan seperti Lithium, ubat antimalaria, ubat anti-radang termasuk ibuprofen.
- Jangkitan tekak kepada kanak-kanak dan remaja seperti jangkitan streptococcal yang mencetus salah satu jenis penyakit Psoriasis iaitu Psoriasis Guttate.
- Penyakit yang berkaitan imun seperti HIV yang boleh mencetuskan Psoriasis untuk pertama kali.
Apakah ekzema?
Ekzema adalah suatu keadaan kulit kering. Setiap individu mengalami keadaan yang berbeza. Semua orang boleh mendapat Ekzema, namun Ekzema kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Apabila dewasa, Ekzema mungkin akan pulih, namun kebarangkalian untuk mendapat semula Ekzema adalah tinggi.
Ekzema mungkin disebabkan oleh faktor genetik, di mana terdapat ahli keluarga yang mengidap 'hay fever' atau demam yang disebabkan oleh alergi atau keturunan yang mengidap asma.
Berikut juga adalah pencetus yang menyebabkan simptom Ekzema semakin teruk:
- Bahan-bahan pencuci seperti pencuci pinggan mangkuk, sabun pencuci tandas dan sebagainya.
- 'Disinfectants' seperti klorin, sterilizer
- Jus daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan jus daripada daging.
- Binatang peliharaan seperti kucing atau anjing
- Keadaan cuaca seperti panas melampau, atau kelembapan yang terlalu tinggi atau rendah.
- Berpeluh kerana bersenam.
- Susu / produk tenusu, telur, kacang dan kekacang, gandum
Persamaan pencetus antara Psoriasis dan Ekzema:
- Genetik
- Masalah STRESS
- Perubahan hormon
Kedua-dua menyebabkan kegatalan pada kulit, dalam kes yang serius mungkin menyebabkan luka yang berair, berdarah dan kesakitan yang teruk serta jangkitan.
Jom kita lihat perbezaannya dengan lebih jelas berdasarkan gambar-gambar di bawah:
Cadangan rawatan:
Pakar perubatan akan memberikan krim topikal corticosteroid untuk merawat psoriasis dan ekzema yang ringan. Bagi sesetengah kes ekzema, pesakit juga mungkin akan diberi antibiotik. Jika keadaan semakin teruk, doktor akan mencadangkan pengambilan ubat untuk dimakan. Untuk Psoriasis yang sederhana, terapi akan dijalankan. Dalam kes yang lebih berat ubat untuk dimakan akan diberi.
Namun, untuk jangka masa panjang, adalah lebih baik mengurangkan pengambilan ubat yang berasaskan steroid. Kita tengok sendiri betapa teruknya kesan Psoriasis dan juga ekzema kepada pengidapnya. Adalah lebih baik, kita mengamalkan supplemen, untuk melengkapkan keperluan nutrisi dan meningkat sistem imun dalam ikhtiar untuk mengurangkan masalah Psoriasis dan ekzema ini.
Berikut adalah supplemen yang sesuai diamalkan bagi pengidap Psoriasis dan ekzema:
- Vitalea untuk keperluan nutrisi asas. Vitalea for Children atau Meal Shakes untuk kanak-kanak yang mengalami ekzema.
- GLA Complex untuk menstabilkan hormon
- ESP untuk keperluan protein bagi menggalakkan pemulihan sel.
- Vivix untuk pemulihan daripada peringkat DNA sel supaya menstabilkan serangan sel-T ke atas sel-sel kulit yang sihat bagi Psoriasis. Bagi pengidap ekzema, Vivix membantu memperbaiki sel-sel yang rosak.
- Nutriferon untuk meningkatkan sistem imun badan.
- Omega Guard membantu mengurangkan keradangan pada kulit.
- Sustained Release Vita-C atau Chewable Vita-C (untuk kanak-kanak) membantu meningkatkan sistem pertahanan terhadap pencetus masalah ini serta membantu mencantikkan kulit.
- Herbal Blend, krim untuk sapuan luaran yang menyejuk serta menenangkan.
Testimoni untuk membantu anda lebih yakin dengan Set Ekzema dan Psoriasis ini.
Saya sarankan hubungi saya dahulu untuk mendapatkan penerangan, konsultasi serta panduan pengambilan vitamin. Alang-alang nak makan, biarlah dengan cara yang betul :) InsyaAllah kesan yang positif akan didapati. Hubungi saya di 012-5538628.
Nak order sendiri pun boleh (hubungi saya juga untuk panduan pemakanan). Klik aje butang order di bawah :)
Kepada yang nak COD, saya boleh hantarkan kepada anda di kawasan-kawasan berikut:
- Seluruh Shah Alam
- Petaling Jaya - VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS dan kawasan sekitarnya.
- Seluruh Subang Jaya - Subang Parade, Aeon Big, Empire dan kawasan sekitarnya
- Klang - Bukit Tinggi, Taman Andalas
- Sekitar Lembah Klang (KL - Wangsa Maju, Setiawangsa, Jelatek dan kawasan sekitarnya) semasa hujung minggu
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada entri ini :)
Rujukan: