Tuesday, 28 June 2016

Mengurangkan masalah sembelit pada kanak-kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni nak share pasal masalah sembelit pada kanak-kanak. Baru-baru ini, saya melihat sendiri bayi saya meneran dan kelihatan tidak selesa serta menangis semasa membuang air besar kerana pada hari sebelum itu, langsung tidak membuang air besar.



Kasihan sangat apabila masalah sembelit pada kanak-kanak ini berlarutan kerana najis yang keras akan menyebabkan kesakitan, tak sedap perut dan melukakan di tempat keluar najis anak-anak. 

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah sembelit pada kanak-kanak. Antaranya ialah:

  • Penggunaan susu formula yang tidak sesuai. Susu formula lebih sukar dihadamkan berbanding susu ibu.
  • Bayi telah mula makan makanan solid. Ada sesetengah makanan yang menyebabkan sembelit seperti pisang (bergantung pada bayi). Banyakkan pemberian air kepada bayi.
  • Kanak-kanak yang sedang mengalami demam, selsema, batuk atau masalah kesihatan yang lain yang menyebabkan kurang selera untuk makan dan minum. Kesannya, badan kekurangan air dan mungkin menyebabkan kesukaran untuk membuang air besar.
  • Kecacatan semasa lahir yang menyebabkan kesukaran untuk membuang air besar, seperti masalah Hirschprung's Disease, Anorectal malformation dan sebagainya yang memerlukan pemerhatian pakar perubatan untuk tindakan lanjut.

Jika keadaan sembelit anak-anak tidak begitu kronik, maka ibu bapa boleh berikhtiar dengan beberapa cara.

1. Bagi bayi berusia kurang daripada 6 bulan, apabila kelihatan seperti bayi sukar membuang air besar atau meneran, dalam keadaan bayi berbaring, angkat kedua-dua kakinya dan gerakkan kaki bayi seolah-olah bayi sedang mengayuh basikal. 

2. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas, galakkan pemberian makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat (puree based) dan elakkan makanan yang menyebabkan sembelit. Serta galakkan bayi minum air kosong dalam kuantiti yang bersesuaian.

Sebenarnya, pemakanan kanak-kanak adalah penting. Selain minum susu, jaga pemakanan solid mereka agar sentiasa mempunyai kandungan yang tinggi serat. 

Anda juga boleh mendapatkan makanan tambahan seperti Mealshakes daripada Shaklee yang mempunyai 19 jenis vitamin dan mineral yang membantu dalam memberi nutrisi yang berkualiti, meningkatkan selera makan serta membantu mengurangkan masalah sembelit pada kanak-kanak. 

Jom saya share pengalaman-pengalaman ibu-ibu yang sangat happy apabila anak tidak lagi perlu melalui pengalaman yang perit semasa membuang air besar.





Anak sihat, dapat nutrisi yang mencukupi, selera makan bertambah, sembelit pun dah takde, ibu happy :)

Jom dapatkan Meal Shakes. Hari ni dah 29 June 2016. Esok adalah hari terakhir promosi beli 3 percuma 1 untuk Meal Shakes. Dapatkan segera untuk penjimatan yang best. Hubungi 012-5538628.

Semoga anak-anak kita semua sihat, cergas, cerdas, gembira dan bahagia sepanjang proses mereka membesar :)

SID: 1112978 (Boleh pakai ID saya untuk beli direct di branch Shaklee)
Tel: 012-5538628

Monday, 27 June 2016

Khasiat daun Senna membersihkan usus besar dan mengempiskan perut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni sengaja nak share pasal khasiat daun Senna yang membantu membersihkan usus besar dan membantu mengempiskan perut.



Ceritanya begini. Daun Senna ini merupakan bahan yang terdapat dalam vitamin (BUKAN UBAT TAU) Herb-Lax Shaklee. Kandungan Herb-Lax Shaklee dan fungsi-fungsinya adalah seperti berikut:

  • Daun Senna - Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • Buckhorn Bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan melembapkan persekitaran usus.
  • Licorice Root - Membantu dalam proses detoksifikasi
  • Fennel Seeds - Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol. Membantu proses pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit, kembung perut dan usus.
  • Anise Seeds - Merangsang pengeluaran jus pencernaan untuk melancarkan proses pencernaan.
  • Rhubarb Root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina untuk digunakan sebagai antibiotik.
  • Blue Malva Flower - Membantu proses detoksifikasi dan mencantikkan struktur kulit.
  • Culver's Root - Membantu dalam mengurangkan masalah sembab air (water retention) dan mengurangkan masalah asma / lelah.
  • Daun Alfalfa - Membantu dalam proses detoksifikasi darah, usus dan hati.

Herb-Lax ni sebotol mengandungi 120 biji dan berharga RM52.50. Saya masa awal-awal join Shaklee dulu, tak pernah makan Herblax ni... Beli kat mama adalah sebab mama jarang-jarang membuang air besar... 

Tapi, baru-baru ni, saya makan la Herblax mama yang dah expired sebulan dua, sebab saya join Program Detox. Dalam program ini, saya makan hari-hari juga dan memang megadose. Fuhhhh, proses pembuangan air besar memang sangat lawas dan sangat superb. Tapi kebiasaannya, kita tak makan Herblax hari-hari tau... Hanya dalam Program Detox aje. Selalu seminggu makanlah 3 kali ke... Jadi memang jimat.

Saya juga mengalami kesukaran untuk ke tandas hari-hari. Bila dah jarang ke tandas, jadi pulak sembelit. Bila sembelit, nak buang pun tak lawas. Tapi, makan Herblax ni, ke tandas, adalah dalam tiga empat kali juga bagi saya (lain orang, lain kesannya)... Memang terasa bersih sangat usus ni...

Moh saya kasi beberapa testimoni Herb-Lax ni:





Lagi satu, haritu niat saya join Program Detox sebab nak kurangkan berat badan lepas bersalin. Heee, sebab masa berpantang, tak berbengkung semua, perut pun masih buncit. Selepas program detox tamat, alhamdulillah, plan untuk mengempiskan perut daripada buncit mengandung, memang BERJAYA!

Bila dah melalui Program Detox, sebenarnya badan lebih mudah menyerap nutrisi daripada makanan, berat badan juga stabil dan mudah kalau nak menurunkan berat badan. Haaa... Kalau nak beli Herblax dan mengetahui lebih lanjut mengenai Program Detox ni, hubungi saya di 012-5538628.

Terima kasih

SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Sunday, 26 June 2016

Tips meninggalkan rumah dan berjalan jauh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Pejam celik, saya yakin ramai yang bekerja sampai Jumaat ni dan hari Jumaat malam atau Sabtu nanti, dah mula start enjin kete dan pulang ke kampung halaman. Saya pun macam tu juga.. Marilah kita beramai-ramai menghadap kesesakan highway. Heeee.... 



Kalau yang berdekatan, Alhamdulillah, kebiasaan sejam perjalanan, mungkin jadi dua jam atau tiga jam.. Boleh tahan lagi... Tapi kalau yang jauh, get ready 8 jam - 14 jam perjalanan... Allahuakhabar... Sabar je la... Nak jalan jauh ni, mental dan fizikal kena bersedia. Takut nanti mengantuk, letih, mata berpinar-pinar, susah! Yelaaa asyik tengok lampu merah kereta brek-brek aje....

So hari ni, saya nak share tips berguna sebagai persediaan berjalan jauh. Haaa apakah tipsnya...

Tips persediaan nak meninggalkan rumah dan berjalan jauh:

1. Maklumkan kepada balai polis yang terdekat yang anda akan meninggalkan rumah pada tarikh yang tertentu.

2. Bagi yang tinggal di kawasan apartment atau condo, maklumkan kepada management office.

3. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan tip top, tayar cukup angin dan banyak bunga.

4. Di dalam rumah, tarik semua plug daripada suisnya (cara ini lebih menjimatkan elektrik).

5. Bawa bekal makanan dan minuman supaya mudah untuk bersahur atau berbuka. Nak singgah RnR mungkin sangat sesak.

6. Pakai pakaian yang selesa. 

7. Solat sunat dua rakaat sebelum memulakan perjalanan, memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah.

8. Pastikan driver dan co-driver mendapat rehat yang secukupnya.

Selain mendapat rehat yang secukupnya, driver dan co-driver boleh meningkatkan lagi kecergasan minda dan fizikal dengan mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee yang membantu mempertingkatkan tenaga. Antara vitamin-vitamin yang sesuai ialah:

1. Cinch Tea - Ini memang sangat-sangat dicadangkan. InsyaAllah, minum teh ni membantu mempertingkatkan tenaga dan menghilangkan mengantuk. Terbukti!

2. Set Mighty 3 Gems yang terdiri daripada Performance Drink, ESP dan Mealshakes. Yang ni, kalau rasa susah sangat nak bawa makanan, bawa aje set ini. InsyaAllah, bantu tahan perut daripada rasa lapar yang keterlaluan serta mengurangkan rasa dahaga. Sedap dan berkhasiat pula tu.

3. Vitamin B Complex dan Ostematrix. Yang ni, amiklah pada malam sebelum bergerak balik kampung. InsyaAllah badan segar dan bertenaga.


Masih ada masa lagi kalau nak order semua vitamin ini. Jom hubungi saya di 012-5538628.

Semoga perjalanan kita semua dipermudah, dilindungi dan tiba dengan selamat ke detinasi :)

Terima kasih.
Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Friday, 24 June 2016

Tips control makan semasa berbuka

Assalamualaikum dan Salam sejahtera... Waaa da masuk 22 Ramadhan.. Allah... Cepat sangat masa berlalu... Rindu Ramadhan... Bila nak berakhirnya Ramadhan, bermakna makin banyak jemputan berbuka puasa, sebab banyak majlis kan. Maknanya makan free :)




Mesti rasa bersalah... Kalau dah makan free bermakna kemungkinan untuk makan macam-macam dan makan banyak, sangat tinggi... Haaaa caner tu? Jom kita belajar tips control makan semasa berbuka :D



Tips control makan semasa berbuka:


  • Apabila azan berkumandang, makan sebiji tamar dan minumlah air suam segelas. Elakkan minum air sejuk kerana akan menyebabkan perut kembung dan lagi cepat terasa kenyang.
  • Makan Lecithin dan Phytocol-ST Shaklee untuk menghalang pengenapan lemak yang bakal masuk ke dalam perut anda.
  • Makan la hidangan pilihan anda dalam portion yang sederhana.
  • Pergi solat Maghrib untuk merehatkan perut sebentar.
  • Sambung solat Isya' kalau waktu Isya' semakin dekat. Sementara menantikan azan, bacalah Al-Quran. Selepas Isya', boleh sambung dengan Solat Sunat Terawikh, supaya badan benar-benar recycle tenaga yang diperoleh semasa berbuka tadi.
  • Kemudian sambung semula makan. Minum air suam untuk melepaskan dahaga.
  • Apabila majlis selesai dan pulang ke rumah, telan Herb-Lax pula. InsyaAllah keesokan harinya pasti anda akan membuang dan membersihkan usus anda. Oopps kalau bercadang nak keluar, tangguhkan dulu Herb-Lax.. Takut nanti kena cari toilet aje..
Semoga tips ini membantu anda menikmati hidangan anda :) Majlis open house raya pun boleh amalkan sebahagian daripada tips ini. Yang penting, dah tahu nak makan banyak, tapi diri ada tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis, dan sebagainya, baiklah sediakan:
  • Phytocol-ST
  • Omega Guard
  • Lecithin
  • Alfalfa
  • Herb-Lax
Supplemen ni semua sebagai bekal bawa balik kampung. InsyaAllah, makan lebih terjaga dan terkawal. List vitamin kat atas tu, semuanya bantu untuk halang peningkatan bacaan kolesterol, bacaan gula dan tekanan darah tinggi. 

Siapa nak? Cepat-cepat hubungi 012-5538628. Saya boleh CODkan di area PJ (Amcorp Mall, Menara PKNS, VSQ), Subang Jaya (Subang Parade, Empire, dan sebagainya), seluruh kawasan Shah Alam dan Klang di kawasan Bukit Tinggi, Andalas, Hotel Premier.

Nak hantar kat area Pasir Mas pun boleh untuk raya ni. Selepas raya, saya boleh hantar kat area Penang Island ya :) Haaa cepat-cepat hubungi saya di 012-5538628.

Terima kasih.

SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Tips untuk mengurangkan masalah silau atau astigmatisme

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Alhamdulillah, semoga kita mendapat keberkatan dan kebaikan pada petang Jumaat ini. Hari ni nak share tips untuk mengurangkan masalah silau atau astigmatisme. Rata-rata ramai yang memakai cermin mata pada hari ini, juga mengalami masalah silau atau astigmatisme yang teruk.

Macam mana nak tahu anda mengalami masalah astigmatisme atau masalah silau ialah, semasa anda memandu pada malam hari, cahaya lampu jalan kelihatan berbalam-balam atau pecah. Tidak fokus. Cahayanya mengembang. Haaa itu antara tanda-tanda astigmatisme.

Satu lagi, kalau anda pergi check mata di kedai cermin mata, apabila anda pakai spek yang menggunakan kanta-kanta yang berbeza, untuk menentukan power anda, anda akan nampak huruf-huruf yang dipaparkan menjadi berganda-ganda atau double vision. Haaa itu adalah tanda astigmatisme. 

Apakah yang menyebabkan punca astigmatisme atau silau?


1. Permukaan kornea yang tidak sekata atau beralun menyebabkan imej yang terbentuk lebih daripada satu titik fokus.

2. Kecederaan yang pernah terjadi ke atas kornea

3. Kornea pernah mengalami masalah mata seperti ketumbit

4. Mengidapi kencing manis di mana kandungan gula yang berlebihan mengubah bentuk kanta mata.

5. Selalu melihat telefon dalam cahaya yang samar atau kelam.

6. Keturunan yang mengalami masalah silau / astigmatisme.


Tips untuk mengurangkan masalah silau atau astigmatisme ini:

1. Jangan memandang skrin PC / Laptop / telefon bimbit terlalu lama. Alihkan pandangan anda dan lihat suatu yang jauh atau suatu yang berwarna hijau dan menenangkan.

2. Elakkan membaca buku dalam keadaan cahaya yang samar yang tidak cukup cahaya.

3. Selalu melihat kecantikan alam semulajadi. Selain baik untuk mata, baik juga untuk menenangkan fikiran anda.

4. Makan makanan yang kaya dengan nutrisi vitamin A.

5. Pakai spek mata yang sesuai untuk membantu mengurangkan masalah astigmatisme.

6. Terdapat juga contact lense yang sesuai untuk membantu mengurangkan masalah astigmatisme ini.

7. Menjalani pembedahan kornea jika masalah silau / astigmatisme terlalu kronik.


Namun, anda juga boleh berikhtiar dengan Carotomax keluaran Shaklee yang sangat baik untuk mengurangkan masalah astigmatisme serta masalah rabun. 




Boleh tengok beberapa testimoni berkenaan dengan Carotomax.





Untuk mendapatkan Carotomax, hubungi 012-5538628. InsyaAllah. Ramai sudah yang merasai kebaikan vitamin ini. 

Saya boleh COD di area Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang.

Terima kasih.

Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Rujukan:


Thursday, 23 June 2016

Carotomax - Membantu memulihkan masalah mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni nak cerita pasal mata pula... Heee dari mata turun ke hati :) Haha... Bukan macam tu, tapi nak bincangkan pasal masalah mata seperti rabun, katarak, glaucoma, katarak dan sebagainya.



Satu supplemen Shaklee yang bagus sangat dalam membantu dalam kesihatan mata ialah Carotomax. Kandungan Carotomax yang bukan sahaja mengandungi vitamin A, tetapi mengandungi beta karotena yang lebih baik daripada vitamin A, membantu dalam mengurangkan masalah power spek yang tinggi serta masalah silau... 

Jom kita tengok testimoni seorang pengguna Carotomax yang dulunya tidak boleh menghadap laptop lama-lama, sebab akan sakit kepala, dan beberapa lagi testimoni yang berkaitan dengan masalah mata, yang saya yakin, ramai sangat nakkan supplemen Carotomax ni...







Haaaa... bestkan... Sesiapa yang nak memulihkan masalah rabun, masalah katarak, atau apa-apa lagi masalah mata, tapi takut nak buat lasik atau buat operation mata, meh cepat-cepat hubungi saya di 012-5538628. :)

Saya boleh buat penghantaran secara pos atau COD. COD di kawasan Shah Alam, PJ - Area VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Mid Valley pun boleh. Subang Jaya dan Klang :)

InsyaAllah, kita berikhtiar. Yang menyembuhkan hanya Allah... 

Terima kasih.

SID: 1112978 (boleh guna ID saya kalau nak beli di Shaklee direct)
Tel: 012-5538628

Monday, 20 June 2016

Pencuci semulajadi yang selamat untuk orang ada masalah ekzema

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Baru-baru ni saya tulis entri berkenaan perbezaan penyakit Psoriasis dan Ekzema. InsyaAllah da faham serba sedikit pasal Psoriasis dan ekzema ni... Kebanyakan ekzema tercetus daripada penggunaan sabun basuh pinggan, sabun basuh baju. dan banyak lagi. 


Ekzema di tangan sangat menyakitkan terutamanya apabila bersentuh dengan 
air dan sabun.


Hari ini, kita nak cerita pasal pencuci semulajadi yang selamat untuk orang yang ada masalah ekzema. Selalunya, ekzema ini terjadi semasa bayi lagi. Faktor-faktor pencetus ekzema pada bayi mungkin daripada bahan kimia daripada lampin pakai buang atau pun bahan pencuci yang digunakan ke atas pakaian bayi tersebut. Memang sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif.

Walaupun kebanyakan bayi akan membesar dan pulih daripada masalah ekzema, sesetengah individu tersebut mungkin akan masih akan mengalami masalah ekzema, terutamanya apabila terkena dengan bahan-bahan yang mencetuskan ekzema seperti sabun. Oleh itu, penyelesaian yang terbaik adalah dengan menggunakan bahan-bahan pencuci yang berdasarkan sumber semulajadi dan bebas bahan kimia.


Berdasarkan gambar di atas, Shaklee mempunyai rangkaian produk pencuci yang selamat dan bebas bahan kimia. Rangkaian pencuci Shaklee yang dikenali sebagai Get Clean, merangkumi:
  • Bahan pencuci serbaguna - Basic H
  • Fresh Laundry Concentrate untuk mencuci pakaian
  • Soft Laundry Concentrate yang berfungsi sebagai pelembut pakaian
  • Dish Wash Concentrate untuk mencuci pinggan mangkuk
Bahan-bahan pencuci ini merangkumi keperluan seharian kita. Kalau nak mop lantai atau membersihkan kawasan dapur, tingkap dan sebagainya, boleh gunakan Basic H. Kalau nak basuh baju, boleh pakai Fresh Laundry Concentrate dan kalau nak basuh pinggan, pakailah Dish Wash Concentrate.

Penggunaan bahan-bahan ini tidak memerlukan kuantiti yang banyak. Sedikit sahaja sudah cukup memberi kesan yang memberangsangkan :)

Saya sendiri sudah merasakan kebaikan Basic H. Celah-celah lantai mozek yang hitam bertukar menjadi putih dan bersih setelah dicuci dengan Basic H.

Lantai siap berkilat-kilat lagi, sangat puas hati, selamat untuk bayi merangkak-rangkak.

Selain itu, nak basuh pinggan mangkuk, periuk yang belakangnya hitam pun boleh. Haaa macam periuk saya seperti gambar di bawah :)


Jadi, saya sangatlah menyarankan bagi sesiapa yang mengalami masalah alahan terhadap sabun, menggunakan rangkaian Sabun Get Clean Shaklee. InsyaAllah ekzema terkawal, rumah pun bersih dan bebas daripada bahan-bahan yang bertoksik.

Kebaikan-kebaikan rangkaian Get Clean:
  • Tidak bertoksik dan tidak menghasilkan wasap yang bertoksik.
  • Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.
  • Bebas bauan
  • Lembut pada kulit / tangan
  • PH yang seimbang dan tidak mengandungi klorin serta hypoalergenik.
  • Sangat pekat, boleh digunakan dalam kuantiti yang sikit. Oleh itu, sangat tahan lama.
  • Sesuai digunakan dalam sebarang suhu.
  • Tiada peluntur klorin.
  • Tiada Fosfat, tiada Nitrat, tiada Borat.
  • Menjimatkan wang

Nak raya ni, mesti nak basuh rumah kan... Jom dapatkan rangkaian Get Clean. Nak beli, hubungi saya di 012-5538628. Saya boleh pos atau COD kan di area Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang. Nak beli secara online pun boleh. Klik aje butang order di bawah :)



Sama-samalah kita merubah ke arah kesihatan dan cara hidup yang lebih baik :)

Terima kasih.

SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Sunday, 19 June 2016

Masker Yogurt dan ESP untuk melembap dan melembutkan kulit wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Wahhhh kita dah hampir kepada 10 hari terakhir Ramadhan. Syawal bakal menjelma.... Mesti ramai yang mula menelek muka di cermin... Nak kelihatan anggun bersri-seri di hari raya kan :)

Hari ini, nak share cara-cara membuat masker untuk melembap dan melembutkan kulit wajah dengan menggunakan natural yogurt dan ESP. Jadi sesiapa yang ada natural yogurt, kalau dah expired, jangan dibuang, boleh buat masker tau. 

Satu lagi ramuan ialah menggunakan ESP. Haaa... Selain daripada bagus untuk diminum, kita boleh juga menggunakan sedikit ESP untuk membuat masker. Kandungan nutrisi ESP sangat bagus untuk badan dan sangat bagus untuk kulit yang cantik.

Ok, jom kita tengok cara-caranya:



Langkah 1:

Ambil sesudu teh yogurt natural. Tak perlu banyak-banyak pun.

Langkah 2:
Ambil setengah sudu teh ESP. Sikit aje.

Langkah 3:
Gaulkan yogurt dan ESP. Jika ada lemon, titiskan beberapa titis jus lemon ke dalam adunan tersebut... Selepas itu, lumurkan pada wajah. Elakkan bahagian mata dan biarkan sehingga kering, lebih kurang dalam 15-30 minit.

Langkah 4:
Cucilah wajah dengan air suam, kemudian gunakan pencuci muka Nutriwhite. Tak perlu banyak-banyak pencuci muka Nutriwhite sebab setengah cm pun dah berbuih dan terasa banyak (tu yang boleh tahan sampai setahun). Bilaskan wajah anda sehingga bersih dengan air suam.

Selepas itu, bilaskan wajah dengan air biasa untuk membantu menutup liang-liang pori yang telah terbuka semasa membilas dengan air suam tadi.

Amalkan selang sehari, insyaAllah akan terasa dan kelihatan perbezaannya. Kulit muka akan lebih lembut, tidak kering, membantu menghilangkan cela di wajah, mengurangkan masalah jeragat dan mencerahkan kulit.


Siapa nak beli ESP dan Nutriwhite, boleh dapatkan daripada saya di 012-5538628.... Masih ada masa nak kelihatan cantik. Amalkan masker ini.. :) Senang, tak payah susah-susah nak beli masker di luar sana. ESP tu dah ramuan semulajadi tau. Jadi tak perlu risau dengan kandungan bahan kimia yang tidak diingini.

Pada masa yang sama, jangan abaikan Ramadhan yang semakin menghampiri penghujungnya... Manfaatkan segala kebaikan yang Allah kurniakan dalam bulan Ramadhan ini. Semoga kita beroleh satu malam yang kebaikannya seperti 1000 bulan :)

SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Saturday, 18 June 2016

Celoteh pasal gadgets dan kepandaian

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua... Saja berceloteh di pagi hari... Nak citer pasal penggunaan gadgets ni...

Semalam sengaja gi jalan-jalan di uptown Sri Gombak.. Kami ni tak biasa sangat jalan kat area sana.. Maklumlah duk area lain...

Jadi pakai Waze la. Sengaja ikut jalan yang lain dari kebiasaan... Sebab rasa jauh kalau ikut jalan normal yang kami biasa lalui... Alhamdulillah memang tepat Waze ni. Mudah perjalanan...

Masa on the way balik.... Teringat di zaman 6-7 tahun ke belakang. Masa tu gadgets ni baru nak naik... Fon touch screen yang femes waktu tu fon Dopod dan HTC... Sekarang brand tu dah ketinggalan pulak.

Saya ingatlah, dolu-dolu kerja saya memerlukan saya banyak drive sekitar KL... Masa tu, mana lah ada Waze ni... Yang ade Google Map yang saya selalu refer di laptop / PC.

Kalau difikir-fikirkan balik, hebat saya :p hahaha... Masuk bakul angkat sendiri.... Heeee... Takla... Bukan apa, dulu saya yang taktau jalan ni, dengan hanya merujuk kepada Google Map sebelum keluar Ofis, berjaya jugak sampai ke destinasi... Mungkin paling teruk, saya conteng la jalan-jalan tu dalam kertas...

Hebat sangat otak kita... Tapi dengan kehadiran gadgets ni, buat otak kita menjadi malas.... Betulla kata orang, gadgets hanya buat kita semakin bodoh... Kasar ke pernyataan ni? Tak kotttt... :) Tapi it's my 2 cents.



Haaa oklah... There's always a pros & cons dalam menggunakan gadgets. Kita tentukan sendiri :)

Nak bagi pandai... Amiklah Omega banyak-banyak. Memang bagus untuk otak kita especially kepada anak-anak yang sedang membesar.

Shaklee ada Omega Guard yang bagi saya memang best. Anak saya yang makan pun, selain membantu dalam perkembangan otak (boleh dilihat dari segi prestasi pembelajaran), juga sangat membantu dalam kesihatannya.

Dulu-dulu sebelum mengamalkan Omega Guard, boleh kata setiap bulan mesti gi klinik sebab demam, batuk dan selsema. Tapi sejak mengamalkan Omega.. Jarang sangat dah ke klinik.

Nak Omega Guard, leh dapatkan daripada saya. Contact aje 012-5538628. Boleh saya pos atau COD di area Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang. Mid Valley pun boleh :)

Terima kasih kerana membaca celoteh ini.

SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Friday, 17 June 2016

Psoriasis dan ekzema, apa bezanya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Terasa teringin nak share pasal Psoriasis. Mungkin ada sesetengah orang juga terkeliru antara Psoriasis dan Ekzema. Apa bezanya... Jom, hari ni, kita sama-sama belajar.




Sebelum tu, kita berkenalan dahulu dengan Psoriasis. 

Psoriasis terjadi apabila sel-sel di bahagian kulit membaik pulih dengan cepat daripada sel yang paling dalam sehingga timbul ke permukaan kulit. Bagi orang yang normal, proses ini selalunya mengambil masa daripada 3 hingga ke 4 minggu. Tapi bagi pengidap Psoriasis, proses ini hanya mengambil masa selama 3 hingga 7 hari. Ini menyebabkan sel-sel yang tidak matang berkumpul di permukaan kulit. 

Kesannya di permukaan kulit timbul kulit-kulit kering sehingga menjadi warna putih. Sila rujuk gambar di bawah.


Kajian mendapati, punca terjadinya keadaan ini adalah disebabkan oleh sistem imun badan. Sistem imun sepatutnya melindungi dan mempertahankan tubuh daripada penyakit. Sel yang terlibat untuk melindungi badan adalah sel-T. Namun, dalam kes Psoriasis, sel-T ini telah menyerang sel-sel kulit yang sihat secara tidak sengaja. Psoriasis merupakan salah satu jenis penyakit autoimmune. 

Kesannya, sel pada bahagian dalam kulit akan menghasilkan sel kulit baru dengan cepat. Pada masa yang sama, juga menyebabkan banyak lagi sel-T dihasilkan untuk 'berperang' dengan sel kulit baru tersebut. Perkara yang menyebabkan terjadi perkara ini mungkin berpunca daripada genetik, di mana terdapat ahli keluarga yang mengidap Psoriasis atau disebabkan oleh persekitaran dan gaya hidup seperti stress.

Perkara-perkara yang boleh mencetuskan Psoriasis:
  • Kecederaan pada kulit seperti luka hirisan, gigitan serangga, dan pendedahan yang terlalu lama di bawah pancaran matahari.
  • Terlalu banyak minum alkohol.
  • Merokok
  • Stress / Kemurungan.
  • Perubahan hormon terutamanya pada wanita yang hendak baligh atau menopaus.
  • Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan seperti Lithium, ubat antimalaria, ubat anti-radang termasuk ibuprofen. 
  • Jangkitan tekak kepada kanak-kanak dan remaja seperti jangkitan streptococcal yang mencetus salah satu jenis penyakit Psoriasis iaitu Psoriasis Guttate.
  • Penyakit yang berkaitan imun seperti HIV yang boleh mencetuskan Psoriasis untuk pertama kali.

Apakah ekzema?

Ekzema adalah suatu keadaan kulit kering. Setiap individu mengalami keadaan yang berbeza. Semua orang boleh mendapat Ekzema, namun Ekzema kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Apabila dewasa, Ekzema mungkin akan pulih, namun kebarangkalian untuk mendapat semula Ekzema adalah tinggi.

Ekzema mungkin disebabkan oleh faktor genetik, di mana terdapat ahli keluarga yang mengidap 'hay fever' atau demam yang disebabkan oleh alergi atau keturunan yang mengidap asma.

Berikut juga adalah pencetus yang menyebabkan simptom Ekzema semakin teruk:
  • Sabun mandi dan shampoo
  • Bahan-bahan pencuci seperti pencuci pinggan mangkuk, sabun pencuci tandas dan sebagainya.
  • 'Disinfectants' seperti klorin, sterilizer
  • Jus daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan jus daripada daging.
  • Hama
  • Binatang peliharaan seperti kucing atau anjing
  • Debunga, lumut
  • Kelumumur
  • Virus dan bakteria
  • Keadaan cuaca seperti panas melampau, atau kelembapan yang terlalu tinggi atau rendah.
  • Berpeluh kerana bersenam.
  • Susu / produk tenusu, telur, kacang dan kekacang, gandum
  • Stress atau kemurungan
  • Perubahan hormon.


Persamaan pencetus antara Psoriasis dan Ekzema:
  • Genetik
  • Masalah STRESS
  • Perubahan hormon
Kedua-dua menyebabkan kegatalan pada kulit, dalam kes yang serius mungkin menyebabkan luka yang berair, berdarah dan kesakitan yang teruk serta jangkitan.

Jom kita lihat perbezaannya dengan lebih jelas berdasarkan gambar-gambar di bawah:








Cadangan rawatan:


Pakar perubatan akan memberikan krim topikal corticosteroid untuk merawat psoriasis dan ekzema yang ringan. Bagi sesetengah kes ekzema, pesakit juga mungkin akan diberi antibiotik. Jika keadaan semakin teruk, doktor akan mencadangkan pengambilan ubat untuk dimakan. Untuk Psoriasis yang sederhana, terapi akan dijalankan. Dalam kes yang lebih berat ubat untuk dimakan akan diberi. 

Namun, untuk jangka masa panjang, adalah lebih baik mengurangkan pengambilan ubat yang berasaskan steroid. Kita tengok sendiri betapa teruknya kesan Psoriasis dan juga ekzema kepada pengidapnya. Adalah lebih baik, kita mengamalkan supplemen, untuk melengkapkan keperluan nutrisi dan meningkat sistem imun dalam ikhtiar untuk mengurangkan masalah Psoriasis dan ekzema ini.

Berikut adalah supplemen yang sesuai diamalkan bagi pengidap Psoriasis dan ekzema:
  • Vitalea untuk keperluan nutrisi asas. Vitalea for Children atau Meal Shakes untuk kanak-kanak yang mengalami ekzema.
  • GLA Complex untuk menstabilkan hormon
  • ESP untuk keperluan protein bagi menggalakkan pemulihan sel.
  • Vivix untuk pemulihan daripada peringkat DNA sel supaya menstabilkan serangan sel-T ke atas sel-sel kulit yang sihat bagi Psoriasis. Bagi pengidap ekzema, Vivix membantu memperbaiki sel-sel yang rosak.
  • Nutriferon untuk meningkatkan sistem imun badan.
  • Omega Guard membantu mengurangkan keradangan pada kulit.
  • Sustained Release Vita-C atau Chewable Vita-C (untuk kanak-kanak) membantu meningkatkan sistem pertahanan terhadap pencetus masalah ini serta membantu mencantikkan kulit.
  • Herbal Blend, krim untuk sapuan luaran yang menyejuk serta menenangkan.


Testimoni untuk membantu anda lebih yakin dengan Set Ekzema dan Psoriasis ini.





Saya sarankan hubungi saya dahulu untuk mendapatkan penerangan, konsultasi serta panduan pengambilan vitamin. Alang-alang nak makan, biarlah dengan cara yang betul :) InsyaAllah kesan yang positif akan didapati. Hubungi saya di 012-5538628.

Nak order sendiri pun boleh (hubungi saya juga untuk panduan pemakanan). Klik aje butang order di bawah :)

Kepada yang nak COD, saya boleh hantarkan kepada anda di kawasan-kawasan berikut:
  • Seluruh Shah Alam
  • Petaling Jaya - VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS dan kawasan sekitarnya.
  • Seluruh Subang Jaya - Subang Parade, Aeon Big, Empire dan kawasan sekitarnya
  • Klang - Bukit Tinggi, Taman Andalas
  • Sekitar Lembah Klang (KL - Wangsa Maju, Setiawangsa, Jelatek dan kawasan sekitarnya) semasa hujung minggu

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada entri ini :)

Terima kasih
Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978 (kalau walk-in ke Shaklee, boleh pakai ID saya)
Tel: 012-5538628

Rujukan: